Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
61. Kehendak kewangan minimum bagi pendaftaran
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh didaftarkan di bawah seksyen 59
jika orang itu tidak memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(2)
Dalam menjalankan perniagaan perkhidmatan kreditnya, suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah mematuhi, pada setiap masa, kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
(3)
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar tidak boleh terus menjalankan mana-mana perniagaan perkhidmatan kredit tanpa keizinan bertulis terdahulu Suruhanjaya, jika ia tidak memenuhi kehendak kewangan minimum sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).