Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIV · Bidang Kuasa Mahkamah Jenayah dalam
123. Tempat perbicaraan jika perbuatan merupakan suatu kesalahan oleh sebab hubungannya dengan kesalahan lain
Feedback & supportApabila sesuatu perbuatan merupakan suatu kesalahan oleh sebab hubungannya dengan apa-apa perbuatan lain yang juga merupakan suatu kesalahan atau yang akan menjadi suatu kesalahan jika orang itu berupaya melakukan sesuatu kesalahan, pertuduhan bagi kesalahan yang mula-mula disebut itu boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya salah satu daripada perbuatan itu dilakukan.
Sesuatu pertuduhan persubahatan boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya persubahatan itu dilakukan atau oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya kesalahan yang disubahati itu dilakukan.
Sesuatu pertuduhan kerana menerima atau menyimpan barang-barang curi boleh disiasat atau dibicarakan sama ada oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya barang-barang itu telah dicuri atau oleh Mahkamah yang
Kanun Tatacara Jenayah 109
di dalam had tempatan bidang kuasanya barang-barang itu telah pada bila-bila masa diterima atau disimpan dengan curang.
Sesuatu pertuduhan kerana dengan salah menyembunyikan seseorang yang diketahuinya telah diculik boleh disiasat oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya penyembunyian salah itu berlaku atau oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya penculikan itu telah berlaku.