Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIV · Bidang Kuasa Mahkamah Jenayah dalam
124. Di mana boleh dibicarakan kesalahan lepas lari daripada jagaan, penggelapan jenayah atau pecah amanah jenayah dan mencuri
Feedback & supportKesalahan lepas lari daripada jagaan boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya lepas lari yang dikatakan itu berlaku atau Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya orang yang dipertuduh atas lepas lari telah diberkas selepas lepas lari yang dikatakan itu.
Kesalahan penggelapan jenayah atau pecah amanah jenayah boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya mana-mana bahagian harta yang menjadi perkara kesalahan itu telah diterima oleh orang tertuduh itu atau kesalahan itu telah dilakukan.
Kesalahan mencuri apa-apa jua benda boleh disiasat atau dibicarakan oleh Mahkamah yang di dalam had tempatan bidang kuasanya benda itu telah dicuri atau telah dimiliki oleh pencuri itu, atau oleh mana-mana orang yang menerima atau menyimpan benda itu sedangkan dia tahu atau dia mempunyai sebab untuk mempercayai ia telah dicuri.