Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIV · Bidang Kuasa Mahkamah Jenayah dalam
128. Kognisans mengenai kesalahan oleh Majistret
Feedback & supportTertakluk pada Kanun ini, seseorang Majistret boleh mengambil kognisans mengenai sesuatu kesalahan—
apabila menerima sesuatu aduan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Kanun ini;
apabila dia sendiri tahu atau syak bahawa suatu kesalahan telah dilakukan;
114
Undang-Undang Malaysia
apabila didapati oleh Pendakwa Raya bahawa sesuatu kesalahan telah dilakukan dan dia, melalui waran yang ditandatangani sendiri olehnya, menghendaki seseorang
Majistret menyiasat kesalahan itu dan Majistret itu menerima waran itu;
apabila mana-mana orang yang dibawa ke hadapannya dalam jagaan tanpa proses dituduh telah melakukan sesuatu kesalahan yang Majistret itu mempunyai bidang kuasa untuk membicarakannya.
Apabila seseorang Majistret mengambil kognisans mengenai sesuatu kesalahan di bawah perenggan (b) tertuduh itu atau, apabila terdapat beberapa orang tertuduh, salah seorang daripada mereka berhak untuk menghendaki supaya kes itu tidak dibicarakan oleh
Majistret itu tetapi hendaklah dibicarakan oleh seorang Majistret yang lain.