Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIX · Perbicaraan Terus Oleh Majistret
174. Ucapan
Feedback & supportDalam perbicaraan terus di bawah Bab ini—
pegawai yang menjalankan pendakwaan tidak perlu membuka kes itu tetapi boleh terus mengemukakan keterangannya;
apabila tertuduh dipanggil untuk membuat pembelaannya, dia atau peguam belanya boleh, sebelum mengemukakan keterangannya, membuka kesnya dengan menyatakan fakta atau undang-undang yang diniatkan untuk disandarkan olehnya dan membuat apa-apa ulasan sebagaimana yang difikirkannya perlu tentang keterangan pihak pendakwaan itu, dan jika tertuduh memberikan keterangan atau saksi diperiksa bagi pihaknya, tertuduh itu atau peguam belanya boleh menggulung kesnya; dan
pegawai yang menjalankan pendakwaan itu hendaklah mempunyai hak menjawab ke atas keseluruhan kes itu apabila tertuduh telah mengemukakan keterangan.