Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIX · Perbicaraan Terus Oleh Majistret
176. Butir-butir hendaklah direkodkan
Feedback & supportDalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod tentang butir-butir bagi setiap kes dengan menggunakan dan melengkapkan atau menyebabkan dilengkapkan suatu kertas pertuduhan mengikut apa-apa borang sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim Besar dan, jika segala butir yang perlu tidak dapat dicatatkan dengan mudahnya dalam mana-mana borang itu, dengan melampirkan padanya apa-apa bilangan kertas sambungan yang dikehendaki.
Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk:
nama Mahkamah dan nombor siri kes;
nama tertuduh dan, jika perempuan, jantinanya;
alamat tertuduh;
pertuduhan;
Kanun Tatacara Jenayah 151
tarikh kembalian saman, jika ada;
tarikh pengeluaran saman atau waran, jika ada;
nama dan alamat pengadu, jika ada, tarikh aduan itu dan nilai apa-apa harta yang terlibat;
tarikh penangkapan;
tarikh kehadiran pertama di hadapan Mahkamah;
kerakyatan tertuduh;
umur tertuduh;
butir-butir bagi apa-apa jaminan atau bon yang ditawarkan atau diambil sama ada melalui polis atau Mahkamah;
akuan tertuduh;
nama dan jawatan pegawai atau nama peguam yang menjalankan pendakwaan dan nama peguam bela, jika ada, yang hadir bagi pihak tertuduh;
apa-apa penyelesaian yang memuaskan bagi kes yang dipersetujui oleh tertuduh dan Pendakwa Raya di bawah seksyen 172C;
tarikh setiap penangguhan atau penundaan dan tarikh yang sehingganya penangguhan atau penundaan itu dibuat dan alasan bagi penangguhan atau penundaan itu dibuat;
nota Mahkamah mengenai keterangan, jika ada;
dapatan;
nota Mahkamah mengenai sabitan terdahulu, keterangan mengenai watak, pernyataan impak mangsa atau anggota keluarganya, jika ada, dan rayuan meringankan hukuman, jika ada;
152
Undang-Undang Malaysia
hukuman atau perintah muktamad yang lain;
penghakiman, jika bertulis;
tarikh prosiding ditamatkan;
butir-butir mengenai apa-apa waran reman, resit denda dan waran pengkomitan;
dan, sekiranya rayuan dibuat,
tarikh notis rayuan itu, tarikh apa-apa permintaan bagi nota keterangan, tarikh apa-apa notis bahawa nota keterangan boleh didapati dengan bayaran, tarikh penyampaian alasan keputusan Mahkamah, dan tarikh penghantaran rekod kepada Mahkamah Tinggi;
jika penghakiman adalah secara lisan, alasan keputusan;
nombor siri Mahkamah Tinggi bagi rayuan itu;
keputusan rayuan itu dan tarikh yang Mahkamah diberitahu mengenainya.
Rekod itu hendaklah disahkan melalui tandatangan pegawai pengerusi Mahkamah, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh Hakim Besar.