Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XIX · Perbicaraan Terus Oleh Majistret
175. Kuasa untuk mengawardkan pampasan
Feedback & supportJika dalam mana-mana kes Mahkamah membebaskan tertuduh dan berpendapat bahawa aduan, maklumat atau pertuduhan itu adalah remeh atau menyusahkan, ia boleh, menurut budi bicaranya, sama ada atas permohonan tertuduh itu atau atas kehendaknya sendiri, memerintahkan supaya pengadu atau orang yang berdasarkan maklumatnya aduan atau pertuduhan itu dibuat membayar kepada tertuduh itu atau kepada setiap atau mana-mana tertuduh jika terdapat lebih daripada seorang, apa-apa pampasan, yang tidak melebihi dua puluh lima ringgit, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah:
150
Undang-Undang Malaysia
Dengan syarat bahawa Mahkamah—
hendaklah merekodkan dan menimbangkan apa-apa bantahan terhadap pembuatan perintah itu yang mungkin ditekankan oleh pengadu atau pemberi maklumat itu; dan
hendaklah merekodkan sebab-sebab Mahkamah membuat perintah itu.
(Ditinggalkan).
Pada masa mengawardkan pampasan dalam mana-mana guaman sivil yang kemudiannya yang berhubungan dengan perkara yang sama, Mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa jumlah wang yang dibayar atau didapatkan kembali sebagai pampasan di bawah subseksyen ini apabila apa-apa jumlah wang yang dibayar atau didapatkan kembali sebagai pampasan itu dibuktikan.