Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
27. Kehilangan kelayakan anggota majlis
Feedback & supportSeseorang tidak boleh dilantik atau terus kekal sebagai anggota majlis jika—
(a)
dia seorang bankrap, mengalami kecelaruan mental atau tidak siuman;
(b)
orang itu, yang merupakan pertubuhan perbadanan, menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang mungkin mengakibatkan ia digulung atau dibubarkan selainnya;
(c)
orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud dan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan; atau
(d)
dia pegawai yayasan Labuan itu.