Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
32. Hak majlis
Feedback & supportSebagai tambahan kepada hak majlis yang diperuntukkan dalam dokumen konstituen dan dalam peruntukan lain Akta ini, majlis hendaklah mempunyai hak yang berikut:
untuk dimaklumkan mengenai semua mesyuarat pegawai;
untuk hadir dan didengar tetapi tidak untuk mengundi dalam mesyuarat pegawai;
jika apa-apa urusan sesuatu yayasan Labuan dijalankan melalui pengedaran dokumen, untuk diedarkan juga kepadanya dokumen itu pada masa dokumen itu diedarkan kepada pegawai;
jika apa-apa urusan sesuatu yayasan Labuan dijalankan melalui pewakilan kuasa kepada seseorang pegawai, untuk dimaklumkan mengenai terma dan apa-apa penjalanan kuasa yang diwakilkan itu.
Majlis hendaklah mempunyai akses kepada buku, rekod, akaun dan baucar yayasan Labuan.