Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha

43. Section 43

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap dokumen atau surat cara yang dikehendaki atau dibenarkan difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah difailkan atau diserahkan melalui setiausaha suatu yayasan Labuan.

(2)

Tiap-tiap permohonan kepada Lembaga bagi apa-apa perakuan atau bagi apa-apa cabutan atau salinan apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa dokumen yang difailkan dengan atau diserahkan kepada Lembaga hendaklah dibuat melalui setiausaha suatu yayasan Labuan.

(3)

Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah memastikan kesahan, kebenaran dan ketulenan apa-apa surat cara atau dokumen yang difailkannya dengan atau diserahkannya kepada Lembaga bagi pihak suatu yayasan Labuan.

(4)

Subseksyen (2) tidak terpakai jika sesuatu permohonan dibuat berkenaan dengan sesuatu yayasan Labuan oleh mana-mana pengasas, pegawai, anggota majlis atau benefisiari yayasan Labuan itu dan dokumen, perakuan, cabutan atau salinan itu adalah untuk kegunaan persendiriannya.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

Pejabat berdaftar

Pejabat berdaftar

Report

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules