Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
41. Setiausaha
Feedback & supportPengasas hendaklah, sebelum mendaftarkan suatu yayasan
Labuan, melantik seseorang, yang hendaklah suatu syarikat yang didaftarkan sebagai syarikat amanah Labuan di bawah Bahagian V
Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 [Akta 704], untuk menjadi setiausaha bagi yayasan Labuan yang dicadangkan itu.
Setiausaha boleh menjadi anggota majlis pada masa yang sama dengan syarat bahawa setiausaha itu bukanlah anggota tunggal majlis itu.
Setiausaha hendaklah mempunyai kewajipan, kuasa dan obligasi yang diperuntukkan dalam Akta ini termasuk menerima penyampaian segala dokumen berkenaan dengan prosiding undang-undang terhadap yayasan Labuan yang disampaikan kepada yayasan Labuan itu.
Yayasan Labuan 43