Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
46. Bentuk rekod yayasan Labuan
Feedback & supportRekod yang dikehendaki disimpan oleh sesuatu yayasan Labuan oleh Akta ini boleh disimpan dalam bentuk gambar foto atau boleh dicatatkan atau direkodkan oleh sistem pemprosesan data secara mekanikal atau elektronik atau mana-mana peranti simpanan maklumat yang lain yang berupaya untuk menghasilkan semula apa-apa maklumat yang dikehendaki dalam bentuk bertulis yang boleh difahami dalam masa yang munasabah.