Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha

31. Kuasa majlis

Feedback & support
(1)

Dokumen konstituen boleh menentukan kuasa majlis dan mengadakan peruntukan bagi kuasa tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(2)

Majlis hendaklah—

(a)

mengambil apa-apa tindakan yang difikirkannya perlu untuk memastikan pematuhan terma dokumen konstituen dan peruntukan Akta ini oleh yayasan Labuan itu dan pegawai-pegawainya; dan

(b)

bertanggungjawab bagi penyeliaan secara am pengurusan yayasan Labuan itu oleh pegawai-pegawainya.

(3)

Majlis hendaklah mewakili yayasan Labuan dan bagi maksud memastikan pematuhan terma dokumen konstituen dan peruntukan

Akta ini, pegawai yayasan Labuan itu hendaklah bertindak mengikut arahan majlis.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 706

Report

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules