Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
48. Pemeriksaan dan pengemukaan dokumen yang disimpan oleh yayasan Labuan
Feedback & supportDokumen yang dikehendaki disimpan oleh sesuatu yayasan
Labuan di bawah Akta ini hendaklah, semasa waktu urusan, tersedia untuk pemeriksaan oleh pengasas, anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yayasan Labuan itu tanpa apa-apa bayaran.
Mana-mana orang, selain anggota majlis, orang yang menyelia atau pegawai suatu yayasan Labuan, yang berhak untuk memeriksa buku minit mesyuarat anggota majlis hendaklah, dalam tempoh tujuh hari selepas dia membuat permintaan kepada yayasan Labuan itu, dibekalkan dengan sesalinan mana-mana minit itu tanpa apa-apa bayaran.
Jika terdapat kegagalan untuk mematuhi subseksyen (1) atau apa-apa permintaan bagi apa-apa pemeriksaan di bawah seksyen ini ditolak, yayasan Labuan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Dalam hal kesalahan yang berterusan bagi kesalahan yang dilakukan di bawah subseksyen (3), sebagai tambahan kepada penalti di bawah subseksyen (3), yayasan Labuan itu boleh didenda tidak melebihi seribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Dalam hal penolakan yang disebut dalam subseksyen (4),
Mahkamah boleh, melalui perintah, memaksa bagi membolehkan pemeriksaan serta-merta dokumen itu.