Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
37. Kehilangan kelayakan pegawai
Feedback & supportSeseorang tidak boleh dilantik atau terus kekal sebagai pegawai suatu yayasan Labuan jika—
dia seorang bankrap, mengalami kecelaruan mental atau tidak siuman;
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 706
orang itu, yang merupakan pertubuhan perbadanan, ialah hal perkara apa-apa prosiding yang mungkin mengakibatkan ia digulung atau dibubarkan selainnya;
orang itu telah disabitkan atas suatu kesalahan jenayah yang melibatkan fraud dan kecurangan atau apa-apa kesalahan jenayah yang baginya dia telah dihukum dengan pemenjaraan;
dia ialah anggota majlis; atau
orang itu ialah orang yang mempunyai kaitan dengan anggota majlis.
Bagi maksud perenggan (1)(e), orang itu hendaklah disifatkan mempunyai kaitan dengan seorang anggota majlis jika dia—
ialah anggota keluarga anggota majlis itu, termasuk isteri atau suami, ibu atau bapa, anak termasuk anak angkat atau anak tiri, abang, kakak, dan isteri atau suami anaknya, adik lelakinya atau adik perempuannya; atau
suatu pertubuhan perbadanan yang mempunyai kaitan dengan anggota majlis itu.
Bagi maksud perenggan (2)(b), suatu pertubuhan perbadanan mempunyai kaitan dengan seorang anggota majlis jika—
pertubuhan perbadanan itu pada lazimnya, atau mempunyai obligasi, sama ada secara formal atau tidak formal, atau pengarah-pengarahnya pada lazimnya, bertindak mengikut arahan, petunjuk atau kehendak anggota majlis itu; atau
anggota majlis itu mempunyai kawalan kepentingan dalam pertubuhan perbadanan itu.
Seseorang pegawai suatu yayasan Labuan, hendaklah, jika dia hilang kelayakan di bawah seksyen ini, memberikan notis secara bertulis mengenai pemberhentiannya kepada yayasan Labuan dan
Lembaga dalam tempoh tujuh hari selepas dia hilang kelayakan.
Yayasan Labuan 41
Lembaga boleh mengeluarkan arahan supaya seseorang yang berada dalam mana-mana keadaan di bawah subseksyen (1) tidak layak bertindak sebagai pegawai suatu yayasan Labuan.