Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
29. Pelantikan orang yang menyelia
Feedback & support(1)
Jika peruntukan dokumen konstituen mengadakan peruntukan bagi pelantikan orang yang menyelia, peruntukan seksyen 25, 26, 27 dan 28 hendaklah terpakai mutatis mutandis, tertakluk pada dokumen konstituen, kepada pelantikan itu dan orang yang menyelia itu.
(2)
Jika sesuatu yayasan Labuan mempunyai orang yang menyelia sebagai ganti atau tambahan kepada anggota majlis, semua sebutan
Yayasan Labuan 37
dalam Akta ini mengenai majlis dan anggota majlis hendaklah ditafsirkan termasuk orang yang menyelia itu.