Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
38. Kewajipan pegawai
Feedback & supportSeseorang pegawai suatu yayasan Labuan hendaklah mengambil segala langkah dan melakukan atau menyebabkan dilakukan segala benda yang perlu untuk mentadbirkan yayasan
Labuan itu dengan sepatutnya untuk mencapai maksud atau matlamat yayasan Labuan itu.
Pegawai suatu yayasan Labuan hendaklah menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah dalam penjalanan hal ehwal yayasan Labuan itu, termasuk menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah dalam pengurusan dan pelaburan harta yayasan
Labuan itu.
Pegawai suatu yayasan Labuan hendaklah bertindak mengikut peruntukan dokumen konstituen yayasan Labuan itu dan peruntukan
Akta ini.
Dalam hal majlis atau orang yang menyelia tidak dilantik, pegawai yayasan Labuan yang bertindak bersesama hendaklah menjadi badan yang mengurus tadbir yayasan Labuan itu dan, dalam menghadapi pihak ketiga, pegawai yang bertindak sedemikian hendaklah mewakili yayasan Labuan itu.
Kecuali jika dokumen konstituen sesuatu yayasan Labuan memperuntukkan selainnya dan tertakluk pada peruntukan Akta ini, pegawai yayasan Labuan itu hendaklah bertindak sebulat suara dan boleh bertindak sedemikian melalui pengedaran dokumen bertulis yang ditandatangani dengan sewajarnya oleh setiap pegawai itu.