Skip to content
In forceUpdated to 23 Apr 2025Read it in English

Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha

44. Section 44

Feedback & support
(1)

Sesuatu yayasan Labuan hendaklah mempunyai pejabat berdaftar di Labuan yang hendaklah menjadi alamat setiausaha bagi yayasan Labuan itu, yang kepadanya segala komunikasi, surat-menyurat dan notis boleh dialamatkan.

(2)

Notis mengenai apa-apa pertukaran alamat pejabat berdaftar hendaklah diberikan mengikut subseksyen 17(1).

(3)

Apa-apa proses atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada sesuatu yayasan Labuan adalah disampaikan dengan sempurna jika dialamatkan kepada yayasan Labuan itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarnya melalui pos kepada, pejabat berdaftar yayasan Labuan itu di Labuan atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh yayasan

Labuan itu.

(4)

Proses atau dokumen yang dikehendaki untuk disampaikan kepada sesuatu yayasan Labuan adalah disampaikan dengan sempurna kepada yayasan Labuan itu dengan meninggalkannya di, atau menghantarnya melalui pos ke, mana-mana tempat perniagaan yang ditubuhkan oleh yayasan Labuan itu di Labuan atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh yayasan Labuan itu—

(a)

jika yayasan Labuan itu ingkar memfailkan dengan

Lembaga nama dan alamat pejabat berdaftar yang dibenarkan untuk menerima bagi pihak yayasan Labuan itu penyampaian apa-apa proses atau dokumen;

(b)

jika pada bila-bila masa pejabat berdaftar yang diberitahu sedemikian tidak lagi wujud; atau

(c)

jika bagi apa-apa sebab lain penyampaian proses atau dokumen ke pejabat berdaftar tidak dapat dilaksanakan.

Yayasan Labuan 45

Report

Bahagian VI

Keupayaan Yayasan Labuan

Bahagian VII

Benefisiari

Bahagian VIII

Pembubaran

Bahagian IX

Peruntukan Am

Schedules