Akta Yayasan Labuan 2010 · Updated to 23 Apr 2025 · Bahagian V · Majlis, Pegawai dan Setiausaha
49. Pemeriksaan dan pengemukaan dokumen yang disimpan oleh Lembaga
Feedback & supportMana-mana orang boleh jika dibenarkan sedemikian oleh yayasan Labuan yang berkenaan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—
Yayasan Labuan 47
memeriksa mana-mana dokumen yang diserahkan, didaftarkan oleh atau difailkan dengan Lembaga di bawah
Akta ini dan disimpan oleh Lembaga dan, jika difikirkan patut oleh Lembaga, sesalinan dokumen konstituennya;
menghendaki supaya diberikan kepadanya sesalinan perakuan pendaftaran yayasan Labuan itu atau mana-mana dokumen lain atau sebahagian daripada mana-mana dokumen lain yang disebut dalam perenggan (a) yang diperaku sah.
Salinan perakuan yang diperaku sah yang diberikan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah ditandatangani oleh Lembaga dan dimeteraikan dengan meterainya.