Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 8
126. Menceroboh kereta api atau premis kereta api
Feedback & supportMana-mana orang yang menceroboh suatu kereta api atau mana-mana premis kereta api melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan, jika mana-mana orang sedemikian enggan untuk meninggalkan kereta api atau premis kereta api itu apabila diminta untuk berbuat demikian oleh pegawai kereta api, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit, dan boleh dikeluarkan dengan serta-merta dari kereta api atau premis kereta api itu.
Memandu apa-apa kenderaan atau menghalau mana-mana haiwan ke atas atau melintasi landasan kereta api