Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 8
130. Menghalang atau cuba untuk menghalang kereta api dengan niat jahat
Feedback & supportJika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang—
meletakkan, melemparkan atau menyebabkan terjatuh ke arah, di atas atau merintangi suatu kereta api apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain;
mengambil, mengalihkan, melonggarkan, atau memindahkan apa-apa rel, ranjang landas atau bahan atau benda lain yang bersangkutan dengan suatu kereta api;
memusingkan, menggerakkan, membuka kunci atau melencongkan mana-mana poin kereta api atau jentera lain yang bersangkutan dengan suatu kereta api;
menggerakkan mana-mana bahagian stok kereta di atas suatu landasan kereta api atau meninggalkannya di atas mana-mana bahagian landasan kereta api;
membuat, menunjukkan, menyembunyikan atau mengalihkan mana-mana isyarat atau lampu di atas atau berdekatan dengan suatu kereta api; atau
melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan atau cuba untuk melakukan apa-apa perbuatan atau benda lain berhubung dengan suatu kereta api, dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan akan, menghalang pengerjaan kereta api itu, atau membahayakan keselamatan mana-mana orang yang membuat perjalanan dengan atau berada di atas kereta api atau barangan yang dibawa di atas kereta api, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
Pengangkutan Awam Darat 153
tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.