Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 8
129. Membuka atau tidak menutup get dengan betul
Feedback & supportJika—
mana-mana orang, tanpa kebenaran atau pengetahuan seorang pegawai kereta api, membuka atau cuba untuk membuka mana-mana get yang diletakkan di mana-mana belah mana-mana landasan kereta api yang merintangi suatu jalan, atau lalu atau cuba untuk lalu, atau memandu atau membawa atau cuba untuk memandu atau membawa, mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain melintasi landasan kereta api itu; atau
mana-mana orang yang menurut subseksyen 98(3) tidak menutup dan menyelak dan, jika perlu, mengunci get itu seperti yang disebut terdahulu sebaik selepas dia dan mana-mana kenderaan, haiwan atau benda lain di bawah jagaannya telah lalu menerusi get itu,
152 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.