Mana-mana orang yang—
dengan sengaja atau dengan cuai merosakkan mana-mana kereta api, premis kereta api atau mana-mana harta yang dipunyai oleh seorang pengendali berlesen;
mengalihkan pasir, batu, tanah atau apa-apa bahan atau benda lain dari tebing, jambatan, pembetung, tembok penahan, landasan kereta api atau mana-mana harta lain yang dipunyai oleh seorang pengendali berlesen; atau
menebang balak mengikut cara yang berkemungkinan akan membahayakan keselamatan tren kereta api yang lalu atau mana-mana orang atau barangan yang berada di dalam atau di atas tren itu, atau akan menyebabkan kerosakan pada landasan kereta api, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang mengikat dawai bagi pagar dawai yang bersangkutan dengan suatu kereta api, memecahkan atau memusnahkan mana-mana pagar atau pagar hidup yang bersangkutan dengan suatu kereta api, atau melakukan atau menyebabkan supaya dilakukan apa-apa perbuatan yang merosakkan atau berkemungkinan akan merosakkan pagar atau pagar hidup sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang, dengan sengaja atau dengan cuai, melencongkan mana-mana anak sungai atau parit atau, melalui apa-apa cara menyebabkan air mengalir ke atas kereta api atau,
Pengangkutan Awam Darat 151
menyebabkan kerosakan kepada kereta api mengikut apa-apa cara melalui air, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang, mempunyai apa-apa kontrak untuk membekalkan kepada seorang pengendali berlesen batu bata, batu kerikil, balak, bahan api, atau apa-apa bahan lain, atau yang diambil kerja berkaitan dengan pembekalan kepada pengendali berlesen itu bahan sedemikian, yang dengan cuai meletakkan atau menyusun bahan tersebut mengikut cara yang tidak selamat dan tidak cermat atau kurang daripada jarak yang ditetapkan dari landasan kereta api dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(ii), sehingga keselamatan tren kereta api yang lalu atau mana-mana orang atau barangan di dalam atau di atas tren itu terjejas, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.