Jika mana-mana orang dengan menyalahi undang-undang melemparkan atau menyebabkan terjatuh atau terketuk apa-apa kayu, batu atau bahan atau benda lain pada, ke arah, ke dalam, atau ke atas mana-mana stok kereta yang menjadi sebahagian daripada suatu tren kereta api dengan niat, atau dengan mengetahui bahawa dia berkemungkinan, akan membahayakan keselamatan mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas, atau barangan yang dibawa di dalam, stok kereta sedemikian atau di dalam atau di atas mana-mana stok kereta lain yang menjadi sebahagian daripada kereta api yang sama, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.