Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 9

134. Lien bagi tambang, tambang muatan dan caj lain

Feedback & support
(1)

Jika, atas permintaan yang dibuat oleh atau bagi pihak seseorang pengendali berlesen, mana-mana orang tidak membayar apa-apa jumlah wang yang kena dibayar kepada atau yang boleh didapatkan oleh pengendali berlesen itu daripadanya berkenaan dengan apa-apa barangan, sama ada jumlah wang itu kena dibayar bagi pengangkutan, pengendalian, penstoran, demuraj, atau caj lain, atau sebagai pembayaran balik apa-apa jumlah wang yang dibelanjakan oleh pengendali berlesen atau apa-apa jumlah wang lain walau bagaimana sekalipun ia berbangkit, pengendali berlesen itu boleh menahan keseluruhan atau mana-mana barangan itu atau, jika barangan itu telah dialihkan dari premis kereta api itu, mana-mana barangan lain orang itu yang ketika itu atau selepas itu berada dalam milikan pengendali berlesen itu.

(2)

Apabila mana-mana barangan telah ditahan di bawah subseksyen (1), pengendali berlesen itu boleh —

(a)

dalam hal barangan yang cepat rosak, menjual barangan itu dengan serta-merta melalui lelong awam atau perjanjian persendirian sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat;

atau

(b)

dalam hal barangan lain, menjual melalui lelong awam, apabila habis tempoh notis sekurang-kurangnya empat belas hari mengenai lelong yang dicadangkan itu yang disiarkan dalam satu akhbar tempatan atau lebih, apa-apa kuantiti barangan yang mencukupi bagi mendapatkan kembali jumlah wang yang kena dibayar atau boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu berserta dengan segala perbelanjaan bagi penahanan itu, notis dan

Pengangkutan Awam Darat 155

jualan, termasuk, dalam hal haiwan, perbelanjaan bagi memberikan makan, minuman dan menjaga haiwan itu.

(3)

Pengendali berlesen boleh, daripada hasil jualan itu, memegang simpan amaun wang dan perbelanjaan yang kena dibayar kepada dan yang boleh didapatkan kembali oleh pengendali berlesen itu, dengan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, dan apa-apa barangan yang masih tidak dijual kepada orang yang berhak kepadanya.

(4)

Jika orang yang berhak kepada barangan itu tidak mengalihkan dari premis kereta api itu, dalam masa yang munasabah, mana-mana barangan yang masih tidak dijual itu, pengendali berlesen itu boleh menjual keseluruhan barangan itu dan hendaklah, selepas menolak perbelanjaan bagi penahanan selanjutnya dan jualan barangan itu, memberikan lebihan hasil itu kepada orang yang berhak kepadanya.

(5)

Orang yang berhak untuk mengalihkan barangan itu tidak boleh berbuat demikian melainkan jika dia memberi pengendali berlesen itu suatu jumlah wang yang bersamaan dengan kos, caj dan perbelanjaan bagi penahanan selanjutnya barangan itu dari tarikh jualan di bawah subseksyen (2) sehingga tarikh pengalihan.

(6)

Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini, pengendali berlesen boleh mendapatkan kembali apa-apa jumlah wang yang disebut dalam subseksyen (1) melalui guaman atau tindakan.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.

Report

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules