Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 9
136. Rekuisisi bagi akuan bertulis mengenai perihalan barangan
Feedback & supportPemunya atau orang yang menjaga mana-mana barangan yang dihantarserahkan kepada seorang pengendali berlesen bagi maksud pengangkutan, dan konsaini mana-mana barangan yang telah diangkut, hendaklah, atas permintaan mana-mana pegawai kereta api yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh pengendali berlesen, menghantarserahkan kepada pegawai itu suatu akuan bertulis yang ditandatangani oleh pemunya atau orang itu, atau oleh konsaini itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mengandungi perihalan secukupnya mengenai barangan itu bagi menentukan kadar yang berhak dikenakan oleh pengendali berlesen itu berkenaan dengannya.
Jika pemunya, orang, atau konsaini itu enggan atau abai untuk memberikan akuan sedemikian atau enggan untuk membuka bungkusan yang mengandungi barangan itu supaya perihalan barangan itu boleh ditentukan, pengendali berlesen itu boleh—
berkenaan dengan barangan yang dibawa bagi maksud pengangkutan, enggan untuk membawa barangan itu melainkan jika suatu kadar dibayar berkenaan dengannya yang tidak melebihi kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas kereta api bagi apa-apa kelas barangan; atau
berkenaan dengan barangan yang telah diangkut, mengenakan suatu kadar yang tidak melebihi kadar tertinggi itu.
Pengangkutan Awam Darat 157
Jika suatu akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1) adalah pada materialnya palsu berkenaan dengan perihalan apa-apa barangan yang akuan itu berupa berhubungan dengannya, dan yang telah diangkut, pengendali berlesen itu boleh mengenakan caj, berkenaan dengan pengangkutan barangan itu, pada suatu kadar yang tidak melebihi dua kali ganda kadar tertinggi yang berkuat kuasa pada masa itu di atas kereta api bagi apa-apa kelas barangan.
Jika apa-apa perselisihan berbangkit antara seorang pegawai kereta api dengan pemunya atau orang yang menjaga, atau konsaini, mana-mana barangan yang telah dihantarserahkan untuk pengangkutan, atau yang telah diangkut, berkenaan dengan perihalan barangan itu yang menjadi hal perkara akuan di bawah seksyen ini, pegawai kereta api itu boleh menahan dan memeriksa barangan itu.
Jika ternyata daripada pemeriksaan bahawa perihalan barangan itu adalah berbeza daripada yang dinyatakan dalam akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen
, orang yang menghantarserahkan akuan itu atau, jika orang itu bukan pemunya barangan itu, maka orang itu dan pemunya itu secara bersesama dan berasingan, adalah bertanggungan untuk membayar kepada pengendali berlesen itu kos penahanan dan pemeriksaan barangan itu, dan pengendali berlesen itu hendaklah dilepaskan daripada segala tanggungjawab bagi apa-apa kerugian yang mungkin disebabkan oleh penahanan atau pemeriksaan itu.
Jika ternyata bahawa perihalan barangan itu tidak berbeza daripada yang dinyatakan dalam akuan yang dihantarserahkan di bawah subseksyen (1), pengendali berlesen itu hendaklah membayar kos penahanan dan pemeriksaan itu, dan bertanggungjawab kepada pemunya barangan itu bagi apa-apa kerugian yang disebut terdahulu.
Mana-mana orang yang terjejas secara mudarat oleh subseksyen (3) atau (5) boleh, melainkan jika dia sebelum itu telah mengakui kebertanggungannya, dalam tempoh tujuh hari dari pembuatan suatu tuntutan oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu di bawah mana-mana subseksyen yang terdahulu, menghendaki, melalui notis bertulis, pengendali berlesen itu untuk mendapatkan kembali tuntutan itu melalui guaman atau tindakan, dan sehingga
158 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
penamatan guaman atau tindakan itu, hak pengendali berlesen itu untuk mendapatkan kembali tuntutan itu melalui jualan dan penahanan hasilnya mengikut cara yang dinyatakan di bawah seksyen ini adalah tergantung.
Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.