Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 9
135. Pelupusan barangan yang tidak dituntut
Feedback & supportApabila mana-mana barangan berada dalam milikan seorang pengendali berlesen untuk pengangkutan atau selainnya, dan tidak dituntut oleh pemunya atau orang lain yang ternyata kepada pengendali berlesen itu sebagai berhak kepadanya, pengendali berlesen itu hendaklah, jika pemunya atau orang itu diketahui, menyebabkan suatu notis disampaikan kepadanya yang menghendakinya untuk mengalihkan barangan itu.
156 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Jika pemunya atau orang itu tidak diketahui, atau notis itu tidak dapat disampaikan kepadanya, atau dia tidak mematuhi notis itu, pengendali berlesen itu boleh, selepas tempoh masa yang munasabah, menjual barangan itu dengan seberapa hampir yang boleh mengikut seksyen 134 dan memberikan lebihan hasil jualan itu, jika ada, kepada mana-mana orang yang berhak kepadanya.
Bagi maksud seksyen ini, “barangan” hendaklah disifatkan termasuk bagasi.