Jika dua pengendali berlesen atau lebih yang kereta api masing-masing mempunyai suatu perhentian penghabisan yang sama atau suatu bahagian daripada jalan perhubungan kereta api yang sama, tidak dapat bersetuju tentang perkiraan bagi menjalankan, di perhentian penghabisan yang sama atau di tempat persimpangan di antaranya, keselamatan lalu lintas bersama mereka, maka Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat, atas permohonan salah satu atau mana-mana pengendali berlesen itu, boleh memutuskan perkara yang dipertikaikan oleh mereka, setakat yang perkara itu adalah berhubung dengan keselamatan orang awam, dan boleh menentukan sama ada keseluruhan atau sekian kadar perbelanjaan yang terlibat dalam perkiraan itu hendaklah ditanggung oleh salah satu atau mana-mana pengendali berlesen itu masing-masing.