Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English

Bab 9

139. Kuasa khas semasa darurat

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh, apabila berlaku apa-apa kerusuhan perindustrian, mogok, sekat masuk atau apa-apa kejadian

Pengangkutan Awam Darat 159

lain yang menimbulkan darurat atau demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, memberi Menteri kuasa untuk—

(a)

mengambil milikan sementara mana-mana kereta api, perkhidmatan kereta api, premis atau kemudahan kereta api yang diadakan, disenggarakan atau dikerjakan oleh seseorang pengendali berlesen;

(b)

menarik balik, sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, penggunaan mana-mana perkhidmatan kereta api, premis atau kemudahan kereta api daripada mana-mana orang atau kelas orang atau daripada orang awam pada umumnya.

(2)

Jika apa-apa keraguan berbangkit mengenai kewujudan suatu darurat atau sama ada apa-apa perbuatan yang dilakukan di bawah subseksyen (1) adalah demi kepentingan ketenteraman atau keselamatan awam, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti konklusif mengenai hal itu.

(3)

Jika Kerajaan mengambil milikan sementara mana-mana kereta api, perkhidmatan kereta api atau, premis atau kemudahan kereta api di bawah perenggan (1)(a), pampasan yang memadai hendaklah dibayar oleh Kerajaan, apabila Kerajaan berpuas hati bahawa kejadian yang disebut dalam subseksyen (1) tidak disebabkan atau disumbangkan dengan apa-apa cara oleh pengendali berlesen itu.

Report

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules