Jika seorang pengendali berlesen yang mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan merupakan suatu syarikat, perkongsian atau firma yang bercadang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana perniagaan atau perjanjian yang akan menyebabkan—
apa-apa perubahan dalam struktur ekuiti; atau
apa-apa perubahan dalam anggota lembaga pengarah syarikat, atau pekongsi dalam perkongsian atau firma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, pengendali berlesen itu hendaklah mendapatkan kelulusan
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat sebelum mengambil bahagian dalam perniagaan atau perjanjian itu.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila diterimanya permohonan di bawah subseksyen (1), meluluskan atau menolak permohonan itu dan, jika Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat meluluskan permohonan itu, ia boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Seseorang pengendali berlesen yang mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak mematuhi seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau
Pengangkutan Awam Darat 91
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Bagi maksud seksyen ini—
“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang diadakan oleh mana-mana orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan bagi mana-mana pihak ketiga untuk sewa atau upah dengan menggunakan suatu kenderaan barangan;
“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” tidak termasuk suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.
Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk menyimpan rekod, dsb.