Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 · Updated to 1 Jul 2025 · Bab 4
73. Pengubahan kenderaan yang berkaitan
Feedback & supportSeseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen, dan pekerjanya, tidak boleh membuat apa-apa pengubahan, selain melalui penggantian bahagian, kepada struktur atau kelengkapan kekal sesuatu kenderaan yang berkaitan tanpa kelulusan Ketua Pengarah
Pengangkutan Jalan.
Seseorang pemegang lesen atau pekerjanya yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Seseorang pengendali berlesen atau pekerjanya yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pengangkutan Awam Darat 95
Pengemukaan laporan, akaun, dsb.