Tanpa menjejaskan seksyen 207, tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan pemegang lesen dan pengendali berlesen itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberi Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—
berkaitan dengan penjalanan oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu aktiviti berlesen mereka masing-masing; atau
adalah material bagi penjalanan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat akan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam
Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen hendaklah, tertakluk pada apa-apa pengecualian yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm), memberi Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat—
suatu laporan mengenai operasinya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menilai tahap pematuhan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan standard prestasi dan kawal seliaan dan juga keterangan yang memuaskan mengenai pematuhan syarat lesen atau lesen pengendali itu;
kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung ruginya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruauditnya dan, jika berkenaan, pengarahnya;
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
suatu penyata mengenai semua kemalangan yang melibatkan kenderaan yang berkaitan itu, sama ada mengakibatkan kematian atau kecederaan diri atau tidak, yang berlaku semasa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
suatu penyata yang menjadualkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam
Darat berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen dan pekerjanya masing-masing, yang melibatkan kenderaan yang berkaitan semasa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat termasuk—
semua sabitan berkenaan dengan setiap kesalahan sedemikian; dan
semua kesalahan yang dikompaun oleh mana-mana orang dan jumlah kompaun yang dibayar berkenaan dengan kesalahan itu.
Tanpa menjejaskan subseksyen
,
Ketua
Pengarah
Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen supaya mengemukakan kepadanya berkenaan dengan mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
apa-apa maklumat statistik yang berhubungan dengan operasi pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;
ramalan penumpangnya semasa tempoh sedemikian dan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
rancangan pembangunan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu terikat untuk menyediakan di bawah syarat lesen atau lesen pengendali itu.
Pengangkutan Awam Darat 97
Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah diberikan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara, pada apa-apa lat tempoh dan hendaklah disertai dengan atau ditambahkan dengan apa-apa penjelasan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).
Maklumat yang seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen dikehendaki untuk memberi Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat di bawah seksyen ini boleh termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu bukan dalam milikan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, atau tidak akan selainnya berada dalam milikan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, ialah maklumat yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu boleh semunasabahnya dikehendaki untuk mendapatkannya atau mengumpulkannya.
Ketua
Pengarah
Pengangkutan
Awam
Darat boleh menghendaki seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen untuk melantik, atas kos pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, seorang pakar bebas dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Ketua
Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menjalankan suatu audit atau mengkaji semula apa-apa maklumat yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dikehendaki untuk memberi Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, tetapi pelantikan sedemikian dan laporan pakar bebas itu tidak akan melepaskan atau mengurangkan dalam apa-apa cara tanggungan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu di bawah seksyen ini.
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat boleh pada bila-bila masa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menjalankan suatu audit terhadap perniagaan dan aktiviti pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, atas kos sendirinya, untuk membantu dan memudahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan audit itu, termasuk memberi mereka akses kepada premisnya dan dokumentasi dan maklumatnya.
98 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen yang—
tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini; atau
enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan suatu audit di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.