Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini, pada setiap masa, untuk memberitahu
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
apa-apa prosiding atau tuntutan yang dimulakan atau dibuat terhadap pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang mungkin mempunyai kesan yang buruk terhadap keadaan kewangannya atau terhadap keupayaannya untuk melaksanakan apa-apa syarat di bawah lesen atau lesen pengendali itu; dan
apa-apa celaan atau denda yang dikenakan terhadap pemegang lesen atau pengendali berlesen itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Menjadi kewajipan selanjutnya tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk memberikan apabila diminta oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dalam tempoh masa yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan
Awam Darat, butir-butir—
mengenai apa-apa perjanjian atau perkiraan yang menyentuh dalam apa-apa hal material penyediaan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibuat oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan mana-mana orang lain yang olehnya kemudahan sedemikian disediakan, sama ada di dalam atau di luar Semenanjung Malaysia;
Pengangkutan Awam Darat 93
mengenai apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan dalam hal pemegang lesen atau pengendali berlesen itu yang merupakan suatu syarikat, mengenai apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu; dan
mengenai apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dalam perniagaan mana-mana orang lain yang menyediakan kemudahan bagi pengangkutan pelancong, pembawaan barangan atau pengangkutan penumpang, mengikut mana-mana yang berkenaan, di dalam Semenanjung
Malaysia.
Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen, pada setiap masa, untuk memberitahu Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat dengan serta-merta mengenai perkara yang berikut:
apa-apa perubahan dalam kawalan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu; dan
apa-apa pertikaian perindustrian antara pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan pekerjanya.
Bagi maksud subseksyen (3) —
“kawalan”, berhubungan dengan seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen, ertinya mempunyai kuasa, secara langsung atau tidak langsung, untuk mengarahkan pengurusan dan dasar pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;
“perkhidmatan kenderaan barangan” ertinya suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang diadakan oleh mana-mana orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan untuk mana-mana pihak ketiga untuk sewa atau upah dengan menggunakan suatu kenderaan barangan;
94 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
“perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam” tidak termasuk suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melibatkan penggunaan mana-mana bas pekerja.
Seseorang pemegang lesen yang t idak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) atau kesemua subseksyen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi subseksyen (1), (2) atau (3) atau kesemua subseksyen itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.