Menjadi kewajipan tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk menyimpan apa-apa—
akaun dan rekod sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak) berhubung dengan lesen atau lesen pengendali yang dikeluarkan kepadanya; dan
rekod yang berhubungan dengan penggunaan kenderaan yang berkaitan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak).
Seseorang pemegang lesen yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
92 Undang-Undang Malaysia AKTA 715
Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen untuk memberitahu Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat