Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 4 · Pemilikan Hasil Hutan

69. Section 69

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh terlibat dalam menukar mana-mana hasil hutan atau ada dalam kawalannya atau jagaannya sesuatu loji penukaran melainkan jika dia memiliki suatu pas pemindah dan suatu rekod ukuran mengenai semua hasil hutan yang telah ditukar atau sedang ditukar atau hampir hendak ditukar atau berada di dalam atau sekitar loji penukaran atau premis lain di bawah jagaannya atau kawalannya.

(2)

Pas pemindah dan rekod ukuran itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh mana-mana pegawai hutan.

*CATATAN—Sebelum ini “(a) jika kesalahan itu di bawah subseksyen (1), didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya;”

lihat perenggan 26(b) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].

**CATATAN—Sebelum ini “(b) jika kesalahan itu di bawah subseksyen (2), didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”–lihat perenggan 26(c) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 [Akta A1667].

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 313

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

*satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

**dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pengeluaran dan bentuk pas pemindah

Report

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules