Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2025Read it in English

Bab 4 · Pemilikan Hasil Hutan

75. Section 75

Feedback & support

*(1) Sebelum sesuatu lesen, lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan dikeluarkan, pemohon hendaklah mendepositkan sejumlah wang sebagaimana ditentukan oleh pihak berkuasa yang mengeluarkannya sebagai menjamin pematuhan wajar akan peruntukan lesen, lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bagi pembayaran apa-apa atau semua wang yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri.

(2)

Pihak berkuasa itu boleh menghendaki deposit itu dalam mana-mana bentuk yang berikut:

(a)

wang tunai;

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.

Perhutanan Negara 65

(b)

draf bank;

(ba)

cek jurubank;

(bb)

wang melalui pemindahan dana elektronik; atau

(b)

gabungan wang tunai, draf bank, cek jurubank atau wang melalui pemindahan dana elektronik.

(3)

Pengarah boleh, apabila difikirkannya perlu berbuat demikian, menghendaki supaya pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mendepositkan dengan serta-merta suatu jumlah wang tambahan, atau mengadakan deposit baru bagi menggantikan deposit yang dibuat sebelumnya.

(4)

Jika pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peruntukan lesen, lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan itu, Pengarah boleh melucut hak keseluruhan atau sebahagian daripada deposit yang dibayar oleh pemegang lesen atau pemegang lesen kecil, permit penggunaan atau permit jalan itu.

Report

Bahagian VI

Kayu Tidak Dituntut

Bahagian VII

Pelbagai Kesalahan dan Penalti

Bahagian VIII

Penguatkuasaan

Bab 1

Kuasa Menangkap, Menggeledah, Menyita dan Menyiasat

Bab 2

Peruntukan Mengenai Barang yang Disita

Bab 3

Pelbagai

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Schedules