Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 4 · Pemilikan Hasil Hutan
73. Hak milik hasil hutan
Feedback & supportWalau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, pemunyaan mana-mana hasil hutan tidak boleh berpindah kepada mana-mana orang melainkan jika—
segala royalti, premium, ses dan caj lain yang kena dibayar berkenaan dengan lesen, lesen kecil, permit penggunaan dan hasil hutan itu telah dibayar kepada Pihak Berkuasa
Negeri;* dan
suatu pas pemindah telah dikeluarkan bagi hasil hutan itu.
Hasil hutan akan terletak hak pada Pihak Berkuasa Negeri jika royalti dsb., tidak dibayar
*74. Jika royalti, premium, ses atau caj lain yang kena dibayar kepada
Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa hasil hutan tidak dibayar kepada Kerajaan dalam tempoh yang dinyatakan oleh Pengarah, maka pemunyaan hasil hutan itu hendaklah terletak hak pada Pihak
Berkuasa Negeri bebas daripada segala beban.
Deposit bagi menjamin bayaran