Akta Perhutanan Negara 1984 · Updated to 1 Feb 2025 · Bab 4 · Pemilikan Hasil Hutan
72. Section 72
Feedback & support*(1) Royalti, premium, ses dan caj lain yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri di bawah Akta ini hendaklah genap masa dan kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri apabila ditaksir dan hendaklah disifatkan telah ditaksir apabila taksiran itu ditandatangani dan disampaikan kepada orang yang kena membayar bayaran itu.
Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Pengarah, suatu taksiran mengenai hasil hutan hendaklah dikeluarkan dan disampaikan bersama-sama dengan setiap rekod ukuran.
Pengarah boleh, dalam tempoh enam bulan dari pengeluaran mana-mana taksiran di bawah Akta ini, mengeluarkan suatu taksiran semula yang hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti taksiran asal.
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Putrajaya–lihat P.U. (A) 450/2017 dan bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan–lihat P.U. (A) 451/2017.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 313