Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 · Updated to 1 Nov 2017 · Bahagian VI · Tribunal Perkhidmatan Pengurusan Sisa Pepejal
67. Peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal
Feedback & support(1)
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal sebagaimana yang perlu atau suai manfaat.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a)
menetapkan tanggungjawab anggota Tribunal;
(b)
menetapkan tatacara Tribunal;
(c)
menetapkan borang untuk digunakan dalam prosiding di bawah Bahagian ini;
(d)
menetapkan dan mengenakan fi dan memperuntukkan cara bagi pemungutan dan pembayaran fi itu;
(e)
menetapkan apa-apa perkara lain yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Bahagian ini.