/akn/my/act/act/2010/718

*AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2010
Sections
46
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 is Malaysia Act, cited as Act 718 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk memperbadankan Agensi Inovasi Malaysia, untuk merangsang dan membangunkan ekosistem inovasi di Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan atau bersampingan dengannya. [15 April 2011, P.U. (B) 175/2011] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Perdana Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, melanjutkan tempoh pemakaian Akta.

Suggest a correction

(3)

Perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Tafsiran

Suggest a correction

Seksyen 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“Agensi” ertinya Agensi Inovasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“Duta Inovasi” ertinya Duta Inovasi yang dilantik di bawah seksyen 31;

“harta intelek” termasuklah hak cipta, paten, cap dagangan, reka bentuk susun atur litar bersepadu, petunjuk geografi dan reka bentuk industri sama ada didaftarkan atau tidak dan dinyatakan dengan jelas atau disimpan dalam apa-apa bentuk sekalipun;

“inovasi” ertinya apa-apa idea atau pengetahuan dalam apa-apa bentuk yang menyebabkan perubahan dalam bentuk produk, perkhidmatan atau proses yang menghasilkan impak positif kepada ekonomi, perniagaan, sistem penyampaian perkhidmatan awam, kesejahteraan sosial atau alam sekitar;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis

Tadbir Urus di bawah seksyen 16;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 19;

“khazanah pusat harta intelek negara” ertinya khazanah yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“Majlis” ertinya Majlis Tadbir Urus yang ditubuhkan di bawah seksyen 7.

Agensi Inovasi Malaysia 9

Bahagian II

BAHAGIAN II

AGENSI INOVASI MALAYSIA

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Agensi adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Agensi boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.

Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Agensi boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Agensi.

Fungsi Agensi

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Fungsi Agensi adalah seperti yang berikut:

(a)

merumuskan dasar, strategi dan haluan negara yang berhubungan dengan inovasi;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Suggest a correction

(b)

menguruskan, bekerjasama dalam dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti dengan sektor awam dan swasta untuk merangsang inovasi di Malaysia;

Suggest a correction

(c)

membuat pertanyaan, tinjauan dan penganalisisan data, penyelidikan dan pembangunan yang berhubungan dengan inovasi dan ekosistem inovasi negara;

Suggest a correction

(d)

menggalakkan dan memudahkan aktiviti dan inisiatif pelaburan oleh sektor awam dan swasta berhubung dengan inovasi;

Suggest a correction

(e)

menggalakkan lagi budaya inovasi dalam sektor awam, swasta dan pendidikan di Malaysia;

Suggest a correction

(f)

menasihati Kerajaan dalam perkara yang berhubungan dengan inovasi;

Suggest a correction

(g)

membuat syor yang berhubungan dengan komponen inovasi dalam projek negara strategik yang sedia ada atau yang bakal dibuat;

Suggest a correction

(h)

menjalankan apa-apa fungsi lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.

Kuasa Agensi

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa Agensi termasuklah kuasa—

(a)

untuk menjalankan semua aktiviti, terutamanya aktiviti yang bersifat komersial, yang didapatinya perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

Agensi Inovasi Malaysia 11

Suggest a correction

(b)

tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, untuk meminta maklumat mengenai perkara yang berhubungan dengan inovasi bagi mencapai pelaksanaan fungsinya; dan

Suggest a correction

(c)

tertakluk kepada subseksyen (3), untuk mengenakan fi atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan dalam menjalankan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa fi atau caj yang dikenakan hendaklah ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41.

Majlis Tadbir Urus

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(b)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sains, teknologi dan inovasi;

Suggest a correction

(c)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan;

Suggest a correction

(d)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengajian tinggi;

Suggest a correction

(e)

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;

Suggest a correction

(f)

Menteri di

Jabatan

Perdana

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Unit

Perancang Ekonomi;

Suggest a correction

(g)

Ketua Pegawai Eksekutif; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Suggest a correction

(h)

sepuluh anggota lain yang, pada pendapat Perdana

Menteri, memiliki kelayakan, pengetahuan khas atau pengalaman yang berkaitan dalam hal perkara inovasi, sains, teknologi, perniagaan, ekonomi atau dasar kerajaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seorang anggota yang disebut dalam perenggan (2)(h)

hendaklah dilantik oleh Perdana Menteri dan hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya, mengosongkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Suggest a correction

(4)

Seorang anggota yang disebut dalam perenggan (2)(h) layak untuk dilantik semula tetapi tiada anggota boleh memegang jawatan melebihi tiga tempoh yang berturut-turut.

Anggota silih ganti

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis, seseorang anggota silih ganti hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai anggota

Majlis.

Suggest a correction

(3)

Seorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Majlis.

Elaun

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), anggota Majlis hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Perdana Menteri berhubung dengan kehadiran ke mesyuarat Majlis dan menguruskan perkara yang berkaitan dengan Majlis.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 10

Agensi Inovasi Malaysia 13

Open as pageSuggest a correction

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi;

Suggest a correction

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Perdana Menteri; atau

Suggest a correction

(g)

pelantikannya dibatalkan oleh Perdana Menteri.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(h) terhenti menjadi anggota Majlis, Perdana Menteri boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

Mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi boleh membenarkan penggunaan video secara langsung, sambungan televisyen atau kemudahan komunikasi atau multimedia sesuai yang lain bagi maksud mana-mana mesyuarat

Majlis.

Tatacara mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika Pengerusi tidak hadir pada mana-mana mesyuarat Majlis, dia boleh melantik mana-mana anggota

Majlis untuk menggantikannya sebagai pengerusi mesyuarat.

Suggest a correction

(4)

Tiap-tiap anggota kecuali Ketua Pegawai Eksekutif berhak mendapat satu undi.

Suggest a correction

(5)

Jika terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi atau anggota yang menggantikan Pengerusi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai undi pemutus.

Suggest a correction

(6)

Majlis boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Agensi Inovasi Malaysia 15

Minit

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Majlis hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya oleh Pengerusi, diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap mesyuarat

Majlis yang berkenaan dengan prosidingnya minit telah dibuat mengikut subseksyen (1) dan (2)

hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Majlis boleh mengundang orang lain ke mesyuarat

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Syarat yang berikut hendaklah dipatuhi:

(a)

semua anggota Majlis telah dimaklumkan mengenai ketetapan yang dicadangkan itu, atau usaha yang munasabah telah diambil untuk memaklumkan semua anggota Majlis mengenai ketetapan yang dicadangkan itu; dan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Suggest a correction

(b)

semua anggota Majlis menandakan persetujuan dengan ketetapan itu mengikut kaedah yang ditentukan oleh Majlis.

Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Majlis boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Majlis hendaklah melantik pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Majlis.

Suggest a correction

(5)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada bila-bila masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(6)

Jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(7)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang lain untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

Suggest a correction

(8)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh

Majlis.

Suggest a correction

(9)

Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa hendaklah dibentangkan semasa mesyuarat Majlis.

Suggest a correction

(10)

Jawatankuasa hendaklah menyebabkan supaya minit semua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang

Agensi Inovasi Malaysia 17

sepatutnya, dan salinan minit itu hendaklah dikemukakan oleh jawatankuasa kepada Majlis secepat yang dapat dilaksanakan.

Pengosongan jawatan anggota jawatankuasa

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(b)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama tempoh yang melebihi dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

Suggest a correction

(e)

dia tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis;

Suggest a correction

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Majlis; atau

Suggest a correction

(2)

Jika seseorang anggota jawatankuasa terhenti menjadi anggota,

Majlis boleh melantik seorang lain untuk mengisi kekosongan itu

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

bagi baki tempoh yang anggota yang mengosongkan jawatan itu dilantik.

Penzahiran kepentingan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(3)

Selepas penzahiran di bawah subseksyen (1), anggota itu—

(a)

tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan

Majlis atau jawatankuasa itu; dan

Suggest a correction

(b)

tidak boleh dikira bagi maksud membentuk kuorum mesyuarat Majlis atau jawatankuasa, berhubung dengan perkara itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Anggota Majlis atau jawatankuasa yang melanggar subseksyen

Suggest a correction

(1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(5)

Tiada tindakan atau prosiding Majlis atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Majlis atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.

Agensi Inovasi Malaysia 19

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, PEGAWAI DAN PEKERJA AGENSI

Suggest a correction

Ketua Pegawai Eksekutif

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian Agensi.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekerja Agensi.

Suggest a correction

(4)

Agensi hendaklah meletakhakkan apa-apa kuasa pada dan mengenakan apa-apa kewajipan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

Suggest a correction

(5)

Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh membuat keputusan mengenai perkara yang berhubungan dengan dasar dan haluan strategik Agensi tanpa kelulusan Majlis.

Suggest a correction

(6)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(7)

Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar sebagaimana yang disebut dalam subsekyen (6)

jika dia—

(a)

membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;

Suggest a correction

(b)

tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;

Suggest a correction

(c)

telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan 20 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Suggest a correction

(d)

semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik Kerajaan dan Agensi.

Pengambilan khidmat pegawai dan pekerja

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pegawai dan pekerja Agensi hendaklah, pada setiap masa, bertindak dengan suci hati dan mematuhi apa-apa kehendak, standard, kewajipan dan tatalaku yang ditentukan oleh Agensi.

Suggest a correction

(3)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekerja Agensi jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Agensi.

Suggest a correction

(4)

Agensi boleh menerima pakai apa-apa peraturan, kaedah, dasar, pekeliling atau arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Bahagian ini dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkannya patut.

Kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekerja

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Agensi boleh membuat apa-apa peraturan untuk membuat peruntukan mengenai kelakuan dan tatatertib pegawai dan pekerjanya.

Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk—

Agensi Inovasi Malaysia 21

(a)

peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa tatatertib yang sewajarnya dan tatacara yang perlu dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

peruntukan bagi penubuhan jawatankuasa rayuan tatatertib untuk mendengar rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib dan tatacara yang perlu dipatuhi;

dan

Suggest a correction

(i)

penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau

(ii)

penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekerja Agensi sementara menunggu prosiding tatatertib selesai.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan mengenai apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Agensi, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi buang kerja atau penurunan pangkat.

Suggest a correction

(5)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah, dalam menetapkan tatacara untuk prosiding tatatertib, memberi peluang kepada pegawai atau pekerja Agensi yang prosiding tatatertib diambil terhadapnya untuk membuat representasi sebelum suatu keputusan dibuat oleh jawatankuasa tatatertib mengenai pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap orang itu.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang Operasi hendaklah terdiri daripada yang berikut:

(a)

wang yang diterima oleh Agensi dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;

Suggest a correction

(c)

wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek atau aktiviti yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

Suggest a correction

(d)

jumlah wang yang dipinjam oleh Agensi bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan

Suggest a correction

(e)

semua jumlah wang atau harta lain yang boleh mengikut apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Agensi berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Kumpulan Wang Operasi hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

pembayaran apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan operasi yang dilakukan atau disetujui terima dengan sah oleh Agensi dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

pembayaran saraan, elaun, faedah, pembayaran balik dan perbelanjaan pegawai dan pekerja Agensi dan anggota

Majlis atau jawatankuasa;

Suggest a correction

(d)

pembayaran balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan bunga yang kena dibayar baginya;

Suggest a correction

(e)

pembayaran sumbangan dan derma bagi maksud tanggungjawab sosial korporat.

Agensi Inovasi Malaysia 23

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Walau apa pun perenggan (2)(c), wang yang disebut dalam perenggan itu yang melebihi keperluan kewangan Agensi dalam pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan.

Kumpulan Wang Inovasi

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang Inovasi hendaklah terdiri daripada semua wang dan harta yang diterima oleh Agensi daripada Kerajaan, mana-mana organisasi, pertubuhan perbadanan atau institusi semata-mata bagi maksud aktiviti dan inisiatif penyelidikan yang berhubungan dengan inovasi, dan hendaklah dibayar bagi maksud yang serupa, termasuklah pembiayaan inovasi terpilih yang ditentukan oleh

Agensi.

Pemeliharaan Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang

Inovasi

Suggest a correction

Seksyen 24

Menjadi kewajipan Agensi untuk memelihara Kumpulan Wang

Open as pageSuggest a correction

Operasi dan Kumpulan Wang Inovasi dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini dengan sedemikian cara supaya dapat dipastikan bahawa jumlah hasil Agensi mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 25

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum akhir September setiap tahun, Agensi hendaklah mengemukakan kepada

Perdana

Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuklah—

(a)

belanjawan dan perbelanjaan yang dirancangkan untuk

Kumpulan Wang Operasi dan Kumpulan Wang Inovasi;

Suggest a correction

(b)

aktiviti dan projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan;

dan

Suggest a correction

(c)

petunjuk prestasi utama bagi aktiviti dan projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan, yang dengan merujuk kepadanya kemajuan, prestasi atau kedudukan

Agensi dapat diukur secara berkesan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Perdana Menteri hendaklah, sebelum awal tahun yang berikutnya, memberitahu Agensi mengenai amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Agensi boleh, pada bila-bila masa, mengemukakan kepada

Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

Suggest a correction

(5)

Perdana

Menteri boleh mengarahkan

Agensi supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Tahun kewangan

Suggest a correction

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

Tahun kewangan Agensi hendaklah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Agensi Inovasi Malaysia 25

Seksyen 27

Akaun dan laporan

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu penyata akaun

Agensi yang hendaklah mengandungi suatu kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaan; dan

Suggest a correction

(2)

Agensi hendaklah seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dan penyata aktiviti yang disebut dalam subseksyen (1) yang diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan suatu salinan laporan Ketua Audit Negara kepada Perdana Menteri yang hendaklah menyebabkan penyata akaun, penyata aktiviti dan laporan

Ketua Audit Negara itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis

Parlimen.

Suggest a correction

(3)

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Agensi.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN HARTA INTELEK

Suggest a correction

Khazanah pusat harta intelek negara

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semua harta intelek yang dihasilkan daripada apa-apa dapatan penyelidikan atau projek, sama ada dibiayai sepenuhnya atau sebahagiannya oleh Kerajaan, hendaklah didaftarkan dalam khazanah pusat harta intelek negara.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Bahagian ini, subseksyen (2) hendaklah termasuk harta intelek yang sedia ada sama ada berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau tidak.

Pemerolehan harta intelek

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Agensi boleh memperoleh apa-apa harta intelek dalam mana-mana dapatan penyelidikan atau projek milik persendirian dengan membuat perjanjian dengan pemilik itu dan harta intelek yang diperoleh di bawah subseksyen ini hendaklah didaftarkan dalam khazanah pusat harta intelek negara.

Hak untuk mempromosikan, membangunkan dan mengkomersialkan harta intelek

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(2)

Agensi hendaklah, sebelum mempromosikan, membangunkan atau mengkomersialkan harta intelek di bawah seksyen 29, mendapatkan persetujuan pemilik harta intelek itu.

Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

KUASA AGENSI YANG LAIN

Suggest a correction

Kuasa untuk melantik Duta Inovasi

Seksyen 31

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) sebagai Duta

Inovasi hendaklah dibayar apa-apa saraan atau elaun oleh Agensi sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi.

Suggest a correction

(3)

Duta Inovasi hendaklah berada di bawah kawalan am, dan hendaklah membuat laporan kepada, Agensi.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), Duta Inovasi hendaklah ditempatkan di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu.

Suggest a correction

(5)

Terma dan syarat penempatan dan perkara yang hendak dinasihati oleh Duta Inovasi hendaklah dipersetujui oleh Agensi dan

Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan

Kerajaan Persekutuan yang berkenaan.

Suggest a correction

(6)

Duta Inovasi hendaklah membentangkan suatu laporan kepada

Majlis berkenaan dengan penempatannya di Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan.

Suggest a correction

(7)

Jika seseorang Duta Inovasi dilantik di bawah subseksyen (1),

Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan

Kerajaan Persekutuan hendaklah bekerjasama dengan Duta Inovasi itu.

Kuasa untuk mengambil khidmat ejen, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

Agensi boleh mengambil khidmat ejen, pakar, perunding atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkannya patut untuk melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam pelaksanaan fungsinya, penjalanan kuasanya atau penunaian kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Kuasa untuk menubuhkan syarikat, dsb.

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Agensi boleh, dalam menunaikan fungsinya dan dengan kelulusan Perdana Menteri—

(a)

menyertai apa-apa perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain untuk perkongsian keuntungan atau menjalankan aktivitinya bersama, atau selainnya, dengan mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau kerajaan yang menjalankan atau terlibat dalam aktiviti itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengambil atau selainnya memperoleh syer dan sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain yang menjalankan urusan berkaitan dengan pengkomersialan inovasi dan boleh menjual, memegang atau menerbitkan semula syer atau sekuriti itu atau selainnya melupuskan atau berurusan dengannya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri dan Menteri

Kewangan, Agensi hendaklah melepaskan kepentingannya dalam syarikat yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dalam tempoh tujuh tahun selepas penubuhannya.

Kuasa untuk melabur

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

Wang daripada Kumpulan Wang Inovasi setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Agensi di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh

Agensi tertakluk kepada kelulusan Menteri Kewangan.

Agensi Inovasi Malaysia 29

Seksyen 35

Kuasa untuk meminjam

Open as pageSuggest a correction

Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Perdana

Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Agensi bagi memenuhi apa-apa obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.

Seksyen 36

Kuasa untuk mewakilkan fungsi dan kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengerusi, anggota Majlis, jawatankuasa atau Ketua Pegawai

Eksekutif, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang diwakilkan dengan fungsi atau kuasa sedemikian adalah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira semua syarat dan sekatan yang dikenakan oleh

Agensi dan semua kehendak, tatacara dan perkara yang dinyatakan oleh Agensi.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak Agensi.

Suggest a correction

(4)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Agensi daripada melaksanakan atau menjalankan sendiri mana-mana fungsi atau kuasa yang telah diwakilkan itu pada bila-bila masa.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Kuasa untuk mengendors produk atau perkhidmatan inovatif

Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengendorsan di bawah seksyen ini hendaklah selama tempoh maksimum dua tahun.

Suggest a correction

(3)

Agensi hendaklah menyebabkan supaya suatu senarai semua produk atau perkhidmatan inovatif yang diendors di bawah subseksyen (1) disiarkan dalam laman sesawang rasminya.

Suggest a correction

(4)

Agensi boleh, pada bila-bila masa sebelum habisnya tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), membatalkan pengendorsan di bawah seksyen ini jika produk atau perkhidmatan inovatif itu tidak lagi memenuhi kriteria bagi pengendorsan yang ditentukan oleh

Agensi di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(5)

Pemilik produk atau perkhidmatan itu tidak mempunyai hak untuk membuat representasi berkenaan dengan pembatalan sedemikian.

Suggest a correction

(6)

Tiada pengendorsan di bawah seksyen ini boleh, dengan sendirinya, memberikan hak kepada pemilik produk atau perkhidmatan itu kepada—

(a)

apa-apa jangkaan terhadap apa-apa manfaat perniagaan;

atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa layanan istimewa di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Agensi tidak bertanggungan sama sekali atas apa-apa kerugian yang ditanggung oleh sebab pembatalan pengendorsan di bawah seksyen ini, dan tiada kausa tindakan boleh dibangkitkan terhadap

Agensi atau Kerajaan berkenaan dengan pembatalan itu.

Suggest a correction

(8)

Semua Kementerian, institusi atau agensi Kerajaan dan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan hendaklah mempertimbangkan produk atau perkhidmatan inovatif itu semasa membuat aktiviti perolehan mereka.

Agensi Inovasi Malaysia 31

Suggest a correction

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 39

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Agensi atau terhadap mana-mana anggota Majlis, mana-mana anggota jawatankuasa atau mana-mana pegawai, pekerja,

Duta Inovasi atau ejen Agensi, berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian, keingkaran atau peninggalan yang dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian.

Seksyen 40

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Tiap-tiap anggota Majlis atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekerja, Duta Inovasi atau ejen Agensi, semasa menunaikan kewajipannya di bawah Akta ini sebagai anggota, pegawai, pekerja, Duta Inovasi atau ejen sedemikian, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Seksyen 41

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

Perdana Menteri boleh, atas syor Agensi, membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu bagi penjalanan yang lebih baik peruntukan Akta ini.

Seksyen 42

Kesalahan kerana memberikan maklumat palsu atau mengelirukan

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang memberikan, atau menyebabkan mana-mana orang memberikan, maklumat kepada Agensi yang diketahuinya atau yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 43

Kesalahan bagi pengubahsuaian maklumat atau dokumen tanpa kebenaran

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

adalah tidak material bahawa perbuatan yang berkenaan tidak ditujukan kepada—

Suggest a correction

(i)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang tertentu;

(ii)

apa-apa jenis maklumat, statistik atau data; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa maklumat, statistik atau data yang disimpan di mana-mana lokasi tertentu;

Agensi Inovasi Malaysia 33

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

adalah tidak material sama ada sesuatu pengubahsuaian tanpa kebenaran menjadi, atau diniatkan menjadi, kekal atau hanya sementara;

Suggest a correction

(c)

sesuatu pengubahsuaian apa-apa maklumat, statistik atau data berlaku jika—

Suggest a correction

(i)

maklumat, statistik atau data itu diubah atau dipadamkan;

(ii)

apa-apa maklumat, statistik atau data baru dimasukkan atau ditambahkan kepada maklumat, statistik atau data itu; atau

Suggest a correction

(iii)

apa-apa kejadian berlaku yang mengurangkan keupayaan Agensi untuk mendapatkan akses kepada maklumat, statistik atau data itu, dan termasuk apa-apa perbuatan yang menyumbang kepada berlakunya pengubahsuaian itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Kesahan perbuatan dan prosiding

Suggest a correction

Seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Tiada perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Majlis atau jawatankuasa;

atau

Suggest a correction

(b)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit hal itu.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 718

Perbuatan yang dilakukan dalam menjangkakan Akta ini diperbuat

Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Semua perbuatan yang dilakukan bagi pihak Agensi sebagai persediaan bagi atau pada menjangkakan Akta ini diperbuat dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya, hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah selaras dengan niat dan maksud am Akta ini; dan semua hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung akibat pelakuan perbuatan itu termasuk apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, disifatkan sebagai hak dan obligasi Agensi.

Seksyen 46

Peletakhakan hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti apabila tamatnya tempoh Akta

Open as pageSuggest a correction

Apabila tamatnya tempoh Akta ini, semua hak, kepentingan, obligasi dan liabiliti yang berpunca daripada, diperoleh, dilakukan atau terletak hak di bawah Akta ini oleh atau pada Agensi hendaklah terletak hak pada Kementerian Kewangan.

35

Akta 718

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

_____________

36

Akta 718

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari-TIADA-

____________

Common questions

What is AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010?
*AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 is Malaysia Act, cited as Act 718 2010, currently marked in force and first recorded in 2010.
Is AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 still in force?
Yes — AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 is currently in force.
When did AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 take effect?
AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 was first recorded in 2010.
How many sections does AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 have?
AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 contains 46 sections.
Where can I read the official version of AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010?
The official text of AKTA AGENSI INOVASI MALAYSIA 2010 is published at lom.agc.gov.my.