/akn/my/act/act/2018/802

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
2018
Sections
55
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018 is Malaysia Act, cited as Act 802 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan bagi perkara berkaitan. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Bahagian I

Bahagian I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 802

Undang-Undang Malaysia 8

Akta 802

“Inspektor” ertinya Inspektor yang dilantik di bawah subseksyen 87(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan

Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586];

“kelulusan” ertinya kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) untuk menyediakan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang kelulusan” ertinya pemegang suatu kelulusan yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan;

“kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta” ertinya mana-mana premis yang di dalamnya perkhidmatan jagaan kesihatan disediakan untuk warga emas;

“kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen” ertinya mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang dilesenkan di bawah

Bahagian IV

Bahagian IV;

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

Suggest a correction

“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Bahagian IV untuk mengendalikan suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dan “pemegang lesen” ertinya pemegang suatu lesen yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu berkaitan;

“lesen sementara” ertinya lesen sementara yang diberikan di bawah Bahagian IV dan “pemegang lesen sementara” ertinya pemegang suatu lesen sementara;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kesihatan;

“orang yang bertanggungjawab” ertinya orang yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab di bawah subseksyen 23(2);

“orang yang menerima jagaan” ertinya mana-mana orang yang menerima perkhidmatan jagaan kesihatan di suatu kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen;

“pemberi jagaan” ertinya mana-mana orang, selain seorang profesional jagaan kesihatan, yang menguruskan jagaan peribadi mana-mana orang yang menerima jagaan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 9

“perkhidmatan jagaan kesihatan” ertinya mana-mana perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“pertubuhan” ertinya mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] atau Akta Koperasi 1993

[Akta 502];

“pertubuhan perbadanan” ertinya mana-mana badan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] atau badan berkanun yang diperbadankan dan ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“profesional jagaan kesihatan” ertinya mana-mana orang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“saudara” ertinya mana-mana orang yang ada pertalian darah atau perhubungan perkahwinan atau pengangkatan di sisi undang-undang, atau seorang penjaga di sisi undang-undang;

“standard atau kehendak” ertinya standard atau kehendak yang ditentukan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen 5(3);

“warga emas” ertinya mana-mana orang yang berumur enam puluh tahun atau lebih.

Ketidakpakaian

Seksyen 3

Akta ini tidak terpakai bagi—

Open as pageSuggest a correction

(a)

kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta berlesen di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta 1998;

Suggest a correction

(b)

pusat jagaan berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] kecuali pusat jagaan berdaftar di bawah

Akta Pusat Jagaan 1993 yang disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini menurut seksyen 53; dan

Suggest a correction

(c)

premis yang di dalamnya seseorang individu menyediakan jagaan kesihatan kepada saudaranya yang merupakan seorang warga emas.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 802

Suggest a correction

Bahagian II

Bahagian II

KELULUSAN UNTUK MENYEDIAKAN DAN LESEN UNTUK

Suggest a correction

MENGENDALIKAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN

JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA

Kelulusan dan lesen

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan untuk kelulusan atau lesen boleh dibuat oleh dan diberikan kepada seorang individu, suatu pertubuhan perbadanan, suatu perkongsian atau suatu pertubuhan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(i)

didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

Suggest a correction

(i)

didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 11

Premis bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(c)

apa-apa premis yang ditetapkan oleh Menteri; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa premis yang menggabungkan spesifikasi mana-mana dua premis atau lebih dalam perenggan (a)

hingga (c).

Suggest a correction

(2)

Suatu “kemudahan jagaan harian” dalam perenggan (1)(b)

ertinya suatu kemudahan tanpa tempat kediaman yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas disediakan bagi suatu tempoh berterusan yang melebihi tiga jam sehari sekurang-kurangnya tiga hari seminggu.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pengarah boleh menentukan standard atau kehendak yang berlainan bagi jenis premis yang berlainan yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas akan disediakan.

Suggest a correction

Bahagian III

Bahagian III

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu permohonan kelulusan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 802

Penolakan untuk memproses permohonan kelulusan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh menolak untuk memproses suatu permohonan kelulusan atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baharu dikemukakan untuk menggantikannya sekiranya—

(a)

permohonan itu tidak dibuat mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; atau

Suggest a correction

(b)

pemohon tidak menunjukkan bukti bahawa dia orang yang layak dan sesuai untuk diberikan kelulusan.

Perkara untuk dipertimbangkan bagi kelulusan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Jika Ketua Pengarah memutuskan untuk meneruskan permohonan kelulusan, dalam memutuskan sama ada atau tidak untuk memberikan kelulusan, Ketua Pengarah hendaklah menimbangkan perkara yang berikut:

(a)

jenis premis yang di dalamnya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas akan disediakan;

Suggest a correction

(b)

perkhidmatan jagaan kesihatan yang akan disediakan;

Suggest a correction

(c)

kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta yang telah sedia ada di dalam kawasan yang baginya permohonan kelulusan itu berkaitan dan akses kepadanya;

Suggest a correction

(d)

keperluan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta pada masa sekarang dan masa hadapan di dalam kawasan yang baginya permohonan kelulusan itu berkaitan; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara lain yang difikirkan relevan oleh

Ketua Pengarah.

Pemberian kelulusan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kelulusan hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Kelulusan adalah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.

Pemindahan atau penyerahhakan kelulusan

Suggest a correction

Seksyen 10

Warga Emas Swasta 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan pemindahan atau penyerahhakan suatu kelulusan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang kelulusan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika pemegang kelulusan ialah seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan

Suggest a correction

(b)

jika pemegang kelulusan ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian IV

Bahagian IV

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan lesen hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dalam tempoh tiga tahun dari tarikh kelulusan diberikan berkenaan dengan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 802

kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu yang baginya permohonan lesen itu berkaitan atau apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Permohonan lesen hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada permohonan lesen dibuat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2) kelulusan itu hendaklah disifatkan terbatal.

Penolakan untuk memproses permohonan lesen

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh menolak untuk memproses suatu permohonan lesen, atau boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau dilengkapkan dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan baharu dikemukakan untuk menggantikannya sekiranya permohonan itu tidak dibuat mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Seksyen 13

Pemeriksaan premis

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan itu kepada Ketua Pengarah dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan.

Pemberian lesen

Suggest a correction

Seksyen 15

Warga Emas Swasta 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Lesen sementara hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(3)

Lesen sementara adalah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Kerja-kerja pembetulan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh lesen sementara diberikan atau apa-apa tempoh lanjut yang dibenarkan oleh Ketua

Pengarah.

Suggest a correction

(5)

Seseorang pemegang lesen sementara boleh pada bila-bila masa dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (4)

memberitahu Ketua Pengarah mengenai pematuhannya dengan standard atau kehendak.

Suggest a correction

(6)

Selepas habis tempoh dalam subseksyen (4) atau setelah diberitahu tentang pematuhan di bawah subseksyen (5), yang mana lebih awal, pemeriksaan premis hendaklah dijalankan untuk membolehkan Ketua Pengarah menimbangkan semula permohonan lesen itu.

Suggest a correction

(7)

Seksyen 13 hendaklah terpakai bagi pemeriksaan premis di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 802

Pertimbangan semula permohonan lesen

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(c)

melanjutkan lesen sementara bagi apa-apa tempoh yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah untuk membolehkan standard atau kehendak dipatuhi.

Suggest a correction

(2)

Setelah habis tempoh lanjut lesen sementara dalam perenggan (1)(c), pemeriksaan premis hendaklah dijalankan untuk membolehkan Ketua Pengarah selanjutnya menimbangkan semula permohonan lesen itu.

Suggest a correction

(3)

Jika Ketua Pengarah berpuas hati dengan laporan pemeriksaan premis di bawah subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh memberikan lesen.

Suggest a correction

(4)

Lesen hendaklah dalam bentuk dan mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Suggest a correction

(5)

Lesen adalah tertakluk kepada pembayaran fi yang ditetapkan.

Kesahan lesen

Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

Lesen adalah sah bagi tempoh tiga tahun dari tarikh lesen itu dikeluarkan melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu.

Seksyen 19

Warga Emas Swasta 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permohonan pemindahan atau penyerahhakan suatu lesen atau lesen sementara hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana pemegang lesen atau pemegang lesen sementara yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika pemegang lesen atau pemegang lesen sementara ialah seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; dan

Suggest a correction

(b)

jika pemegang lesen atau pemegang lesen sementara ialah suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian V

Bahagian V

KEWAJIPAN PEMEGANG LESEN DAN ORANG YANG

Suggest a correction

BERTANGGUNGJAWAB

Kewajipan pemegang lesen

Seksyen 20

Pemegang lesen hendaklah—

Open as pageSuggest a correction

(a)

memastikan bahawa profesional jagaan kesihatan yang diambil kerja atau diguna khidmat oleh pemegang lesen adalah layak di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal selia profesionnya;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 802

Suggest a correction

(b)

memastikan bahawa pemberi jagaan adalah terlatih dan kompeten;

Suggest a correction

(c)

memastikan bahawa penilaian orang yang menerima jagaan dijalankan oleh profesional jagaan kesihatan;

Suggest a correction

(d)

memastikan bahawa perkiraan telah dibuat untuk menjadikan tersedia profesional jagaan kesihatan di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta;

Suggest a correction

(e)

mengemukakan laporan tahunan tentang kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta kepada

Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(f)

memastikan bahawa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta diuruskan oleh seorang orang yang bertanggungjawab; dan

Suggest a correction

(g)

melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Pernyataan dasar

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pernyataan dasar bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen hendaklah termasuk perkara yang berikut:

(c)

suatu pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen hendaklah mempamerkan pernyataan dasar di bahagian yang mudah dilihat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 19

Pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen hendaklah memastikan yang berikut berhubung dengan pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati bagi kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu:

(a)

bahawa orang yang menerima jagaan, saudaranya, mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan, mana-mana orang yang mempunyai hubungan langsung dengan orang yang menerima jagaan, dan mana-mana pekerja pemegang lesen menyedari bahawa pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati itu tersedia ada;

Suggest a correction

(b)

bahawa pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati itu digunakan untuk menangani apa-apa aduan daripada orang yang menerima jagaan, saudaranya, mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan atau mana-mana orang yang mempunyai hubungan langsung dengan orang yang menerima jagaan; dan

Suggest a correction

(c)

bahawa pelan dan tatacara mekanisme ketidakpuasan hati itu memperuntukkan kehendak untuk mendokumenkan apa-apa aduan.

Orang yang bertanggungjawab

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang yang bertanggungjawab hendaklah bertanggungjawab—

(a)

bagi pengurusan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen;

Suggest a correction

(b)

bagi penyeliaan orang yang diambil kerja atau diguna khidmat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 802

Suggest a correction

(c)

bagi memastikan bahawa perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan kepada orang yang menerima jagaan dijalankan oleh profesional jagaan kesihatan; dan

Suggest a correction

(d)

bagi melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Pertukaran orang yang bertanggungjawab

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen hendaklah memberitahu Ketua Pengarah mengenai apa-apa pertukaran orang yang bertanggungjawab dalam tempoh empat belas hari dari berlakunya pertukaran itu.

Seksyen 25

Melaporkan kejadian

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah apabila berlaku apa-apa kejadian yang tidak dapat diramalkan dan yang tidak dijangka.

Seksyen 26

Kecemasan

Open as pageSuggest a correction

(a)

alamat rumah dan alamat tempat kerja dan nombor telefon setiap orang yang dinamakan sebagai orang yang boleh dihubungi semasa kecemasan bagi orang yang menerima jagaan; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa maklumat perubatan yang relevan yang berhubungan dengan orang yang menerima jagaan.

Suggest a correction

(2)

Pemegang lesen hendaklah mempamerkan senarai nombor telefon kecemasan termasuklah nombor telefon perkhidmatan bomba dan penyelamat, perkhidmatan ambulans dan pihak polis di bahagian yang mudah dilihat di kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu.

Suggest a correction

(3)

Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu dilengkapi

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 21

dengan peti pertolongan kecemasan bagi rawatan kecemasan yang hendaklah disimpan di tempat yang boleh dicapai dan selamat.

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen hendaklah membuat perkiraan bagi latihan untuk pemberi jagaan yang diambil kerja oleh pemegang lesen dalam bantuan hayat asas.

Pemberitahuan kematian

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab hendaklah meletakkan si mati di dalam kawasan yang berasingan daripada orang yang menerima jagaan yang lain.

Sekatan penggunaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pemegang lesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal pemegang lesen merupakan seorang individu—

Suggest a correction

(i)

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

Undang-Undang Malaysia 22

Akta 802

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal pemegang lesen merupakan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

Suggest a correction

(i)

didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Larangan terhadap pembesaran atau pengubahan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(a)

maksud yang baginya kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu disediakan atau dikendalikan;

Suggest a correction

(2)

Permohonan bagi apa-apa pembesaran atau pengubahan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

Suggest a correction

Bahagian VI

Bahagian VI

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh membatalkan kelulusan, lesen atau lesen sementara, atau menolak untuk membaharui lesen, sekiranya

(a)

bahawa kelulusan, lesen atau lesen sementara, atau pembaharuan lesen itu telah diperoleh melalui apa-apa kenyataan palsu atau mengelirukan;

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 23

Suggest a correction

(b)

bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan, atau apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan, sama ada hukuman penjara sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda, lebih daripada dua tahun, telah dilakukan oleh pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara;

Suggest a correction

(c)

bahawa pemegang kelulusan, pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab tidak mematuhi apa-apa arahan

Ketua Pengarah;

Suggest a correction

(d)

bahawa pemegang lesen atau orang yang bertanggungjawab telah mengendalikan atau menguruskan atau dengan apa-apa cara menggunakan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta dengan cara yang memudaratkan kepentingan orang yang menerima jagaan;

Suggest a correction

(e)

bahawa pemegang lesen telah mengambil kerja atau mengguna khidmat orang yang tidak layak sebagai orang yang bertanggungjawab, profesional jagaan kesihatan atau pemberi jagaan;

Suggest a correction

(f)

bahawa pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara telah dihukum bankrap; atau

Suggest a correction

(g)

bahawa pemegang lesen telah berhenti mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta.

Tunjuk sebab

Suggest a correction

Seksyen 31

Ketua Pengarah berpuas hati—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai jika alasan pembatalan adalah berkaitan dengan perenggan 30(b), (f) atau (g).

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 802

Pembatalan kelulusan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(a)

membatalkan kelulusan, lesen atau lesen sementara itu;

atau

Suggest a correction

(b)

mengeluarkan amaran atau memberikan apa-apa arahan kepada pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara, atau mengarahkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara, untuk membetulkan keadaan sehingga Ketua Pengarah berpuas hati.

Suggest a correction

(2)

Berkenaan dengan kelulusan, lesen atau lesen sementara yang dibatalkan atas alasan dalam perenggan 30(b), (f) atau (g), adalah mencukupi bagi Ketua Pengarah untuk memaklumkan pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, masing-masing tentang pembatalan kelulusan, lesen atau lesen sementara itu.

Penyerahan kelulusan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

Setelah kelulusan, lesen atau lesen sementara dibatalkan, pemegang kelulusan, pemegang lesen atau pemegang lesen sementara hendaklah menyerahkan kelulusan, lesen atau lesen sementara itu kepada Ketua Pengarah.

Seksyen 34

Pemberhentian pengendalian

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen hendaklah berhenti mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta jika lesennya dibatalkan mulai tarikh pemegang lesen diberitahu tentang pembatalan itu, atau dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 25

Bahagian VII

Bahagian VII

PENUTUPAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN

Suggest a correction

KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA

Penutupan sukarela

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

(2)

Notis kepada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1)

hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

laporan penuh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

Suggest a correction

(b)

suatu pelan tindakan mengenai penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen, termasuklah, jika kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen menyediakan tempat tinggal, mengenai tempat tinggal orang yang menerima jagaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Selepas menimbangkan notis di bawah subseksyen (1),

Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, termasuklah berkaitan tempat tinggal dan jagaan orang yang menerima jagaan, dan rekod orang yang menerima jagaan.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), memberikan notis yang tidak menepati subseksyen (2) atau melanggar apa-apa arahan di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—

(a)

dalam hal seorang individu, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit; dan

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 802

Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Penutupan berikutan pembatalan lesen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyampaikan notis tentang pembatalan itu kepada orang yang menerima jagaan, saudaranya atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang menerima jagaan;

Suggest a correction

(b)

menyampaikan kepada Ketua Pengarah laporan penuh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah; dan

Suggest a correction

(c)

menyampaikan kepada Ketua Pengarah suatu pelan tindakan mengenai penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen, termasuklah, jika kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen menyediakan tempat tinggal, mengenai tempat tinggal orang yang menerima jagaan.

Suggest a correction

(2)

Selepas menimbangkan laporan penuh di bawah perenggan (1)(b) dan pelan tindakan di bawah perenggan (1)(c),

Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen itu, termasuklah berkaitan tempat tinggal dan jagaan orang yang menerima jagaan, dan rekod orang yang menerima jagaan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau apa-apa arahan di bawah subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh—

(a)

dalam hal seorang individu, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit; dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 27

Penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta tidak berlesen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 37

Ketua Pengarah untuk membatalkan lesennya—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkan perlu oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan penutupan itu.

Suggest a correction

(3)

Apa-apa kos yang dilakukan yang berhubungan dengan penutupan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta tidak berlesen di bawah subseksyen (1) hendaklah ditanggung oleh orang yang menyediakan atau mengendalikan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu dan dianggap sebagai hutang yang kena dibayar kepada

Kerajaan.

Suggest a correction

Bahagian VIII

Bahagian VIII

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah dan mana-mana Inspektor yang dilantik di bawah subseksyen 87(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan

Jagaan Kesihatan Swasta 1998 hendaklah menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

Seksyen 39

Kuasa penyiasatan

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah dan mana-mana Inspektor hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah

Akta ini mengikut Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Undang-Undang Malaysia 28

Akta 802

Seksyen 40

Pemeriksaan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah dan mana-mana Inspektor boleh memasuki dan memeriksa mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen untuk memastikan bahawa kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta itu digunakan bagi maksud yang berkenaan dengannya lesen itu diberikan, dan syarat lesen itu, peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, dipatuhi.

Seksyen 41

Pemulaan dan penjalanan pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian IX

Bahagian IX

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Pemegang lesen boleh menerima masuk orang yang berumur di bawah enam puluh tahun sebagai orang yang menerima jagaan ke kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta berlesen dan penerimaan masuk itu hendaklah berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi Akta

Pusat Jagaan 1993.

Seksyen 43

Daftar

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan, memeriksa dan membuat salinan atau cabutan butiran daripada Daftar.

Garis panduan dan arahan

Suggest a correction

Seksyen 44

Warga Emas Swasta 29

Open as pageSuggest a correction

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan garis panduan dan arahan yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Ketua Pengarah bagi pelaksanaan yang wajar Akta ini.

Seksyen 45

Pewakilan kuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang

Ketua Pengarah sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu.

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 46

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah apa-apa arahan atau keputusan yang dirayu itu.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan tatacara rayuan.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta 802

Kuasa untuk mengecualikan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan warga emas swasta daripada pemakaian mana-mana peruntukan Akta ini.

Seksyen 48

Kuasa untuk meminda Jadual

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda mana-mana Jadual bagi Akta ini.

Seksyen 49

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa tindakan atau peninggalan dalam pelanggaran peraturan-peraturan menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda—

(a)

dalam hal pemegang lesen yang merupakan seorang individu, tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan;

dan

Suggest a correction

(b)

dalam hal pemegang lesen yang merupakan suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, tidak melebihi dua puluh ribu ringgit dan bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Penalti am

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 50

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata hendaklah, apabila disabitkan, boleh—

(i)

didenda tidak melebihi lima ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

Suggest a correction

(i)

didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit; dan

(ii)

bagi kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 51

Warga Emas Swasta 31

Open as pageSuggest a correction

(a)

boleh dituduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu; dan

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 802

Suggest a correction

(b)

sekiranya pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan perlakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Bilamana mana-mana ejen atau pekerja semasa menjalankan pekerjaannya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan yang dilakukan atau ditinggalkan oleh prinsipal atau majikannya akan menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, ejen atau pekerja itu hendaklah bersalah melakukan kesalahan, dan subseksyen (3) hendaklah terpakai bagi prinsipal atau majikannya.

Suggest a correction

(3)

Sekiranya mana-mana orang yang akan bertanggungan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini kepada apa-apa hukuman atau penalti untuk apa-apa tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah bertanggungan kepada hukuman atau penalti yang sama untuk setiap tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, sekiranya tindakan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan—

(a)

oleh pekerjanya dalam menjalankan pekerjaannya;

Suggest a correction

(b)

oleh ejen yang bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

oleh pekerja ejen itu dalam menjalankan pekerjaan yang baginya dia diambil kerja oleh ejen itu atau sebaliknya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 33

Pengkompaunan kesalahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana kesalahan di bawah Akta ini dan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta yang boleh dikompaun;

Suggest a correction

(c)

kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis

Pendakwa Raya, mengkompaun mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran bertulisnya.

Suggest a correction

(3)

Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.

Suggest a correction

(4)

Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa masa lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(5)

Sekiranya suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan mana-mana dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh

Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 802

Kecualian dan peralihan

Suggest a correction

Seksyen 53

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pengendali pusat jagaan di bawah subseksyen (1) hendaklah memohon kelulusan dan lesen di bawah Akta ini dalam tempoh lima tahun, atau tempoh selanjutnya yang dibenarkan oleh Ketua

Pengarah mengikut subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Sementara keputusan untuk memberikan kelulusan dan lesen kepada pusat jagaan di bawah subseksyen (2) dibuat, pusat jagaan itu hendaklah terus disifatkan telah dilesenkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Apa-apa keputusan, perintah, rayuan, arahan, siasatan, perbicaraan dan prosiding yang telah dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 yang berhubungan dengan pusat jagaan di bawah subseksyen (1) sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan atau dimuktamadkan di bawah dan mengikut peruntukan Akta Pusat Jagaan 1993.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Pertama

[Seksyen 2 dan 48]

PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN

1. Perkhidmatan oleh profesional jagaan kesihatan dan separa profesional jagaan kesihatan

2. Perkhidmatan untuk penyaringan, diagnosis, atau rawatan orang yang menghidap, atau dipercayai menghidap, apa-apa penyakit, kecederaan atau kehilangan upaya minda atau badan

3. Perkhidmatan untuk mengubati atau mengurangkan apa-apa keadaan tidak normal tubuh manusia dengan penggunaan apa-apa perkakas, kelengkapan, alat atau peranti, atau apa-apa teknologi perubatan lain

4. Perkhidmatan bagi maksud pencegahan atau penggalakan kesihatan

5. Perkhidmatan perlindungan, pengawasan dan pemulihan

6. Penginapan bagi maksud apa-apa perkhidmatan jagaan kesihatan

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan

Warga Emas Swasta 35

Jadual

Suggest a correction

Jadual Kedua

[Seksyen 2 dan 48]

PROFESIONAL JAGAAN KESIHATAN

1. Pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971

[Akta 50]

2. Pengamal pergigian yang berdaftar di bawah Akta Pergigian 1971

[Akta 51]

3. Optometris yang berdaftar di bawah Akta Optik 1991 [Akta 469]

4. Ahli farmasi yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951

[Akta 371]

5. Pengamal kesihatan bersekutu yang berdaftar di bawah Akta Profesion

Kesihatan Bersekutu 2016 [Akta 774]

6. Jururawat yang berdaftar di bawah Akta Jururawat 1950 [Akta 14]

7. Pembantu perubatan yang berdaftar di bawah Akta Pembantu Perubatan

(Pendaftaran) 1977 [Akta 180]

Common questions

What is PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018?
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018 is Malaysia Act, cited as Act 802 2018, currently marked in force and first recorded in 2018.
Is PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 still in force?
Yes — PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 is currently in force.
When did PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 take effect?
PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 was first recorded in 2018.
How many sections does PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 have?
PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 contains 53 sections.
Where can I read the official version of PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018?
The official text of PRIVATE AGED HEALTHCARE FACILITIES AND SERVICES ACT 2018 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN WARGA EMAS SWASTA 2018 (No. 802)