Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139C. Permohonon bagi kelulusan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh meluluskan sesuatu pertubuhan perbadanan untuk menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu pentadbir skim persaraan swasta.
Undang-Undang Malaysia 50
Suatu permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan, mengendalikan atau menyenggarakan suatu pentadbir skim persaraan swasta hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemohon untuk memberikan kepada Suruhanjaya apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud permohonan itu.
Suruhanjaya boleh meluluskan sesuatu permohonan di bawah seksyen ini, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.
Suruhanjaya boleh mengubah, menambah kepada atau menggugurkan apa-apa terma dan syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang melanggar apa-apa terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (4) atau (5)
melakukan suatu kesalahan.