Skip to content
In forceAs enacted

Division 2 · Penggal 2

139N. Kewajipan untuk menyimpan kerahsiaan

Feedback & support
(1)

Seseorang yang dengan apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pencarum tidak boleh memberikan, mendedahkan, memperlihatkan atau selainnya menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang kecuali—

(a)

dalam hal keadaan yang dinyatakan di bawah seksyen 139O; atau

Undang-Undang Malaysia 60

(b)

kepada Suruhanjaya jika Suruhanjaya berpendapat bahawa penzahiran itu adalah perlu demi kepentingan awam atau bagi perlindungan pelabur.

(2)

Seseorang yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya penzahirannya melanggari subseksyen (1) tidak boleh dengan apa-apa cara menzahirkan maklumat atau dokumen itu kepada mana-mana orang lain.

(3)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules