Skip to content
In forceAs enacted

Division 2 · Penggal 2

139J. Wang yang diterima oleh pentadbir skim persaraan swasta

Feedback & support
(1)

Segala wang yang diterima oleh pentadbir skim persaraan swasta berkenaan dengan suatu skim persaraan swasta bagi faedah anggota hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun amanah mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya.

(2)

Pentadbir skim persaraan swasta tidak boleh mengeluarkan apa-apa wang daripada suatu akaun amanah kecuali—

(a)

mengikut arahan bertulis seseorang yang berhak kepada wang itu atau bagi faedahnya; atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(b)

yang selainnya dibenarkan oleh undang-undang.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di dalam subseksyen (2), wang yang dipegang dalam suatu akaun amanah tidak boleh digunakan untuk membayar hutang pentadbir skim persaraan swasta atau bertanggungan untuk dibayar atau diambil untuk pelaksanaan di bawah suatu perintah atau proses mana-mana mahkamah.

(4)

Seseorang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan boleh juga didenda tidak melebihi lima juta ringgit.

Report

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules