Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139D. Penolakan untuk meluluskan
Feedback & supportJika sesuatu permohonan dibuat di bawah seksyen 139C,
Suruhanjaya boleh menolak permohonan itu atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut seksyen 139C;
pemohon itu telah tidak mematuhi mana-mana kehendak Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat atau dokumen yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material;
pemohon itu sedang digulung atau selainnya dibubarkan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
pelaksanaan terhadap pemohon berkenaan dengan suatu hutang penghakiman dikembalikan tanpa dijelaskan keseluruhannya atau sebahagiannya;
seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya telah dilantik di dalam atau di luar Malaysia, atau berkenaan dengan mana-mana harta pemohon itu;
pemohon itu telah, sama ada di dalam atau di luar
Malaysia, membuat suatu kompromi atau skim perkiraan dengan pemiutangnya, yang merupakan suatu kompromi atau skim perkiraan yang masih berkuat kuasa;
pemohon atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif atau pengurusnya—
telah disabitkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, atas suatu kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keganasan;
telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang sekuriti atau mana-mana undang-undang di luar Malaysia berkaitan dengan pasaran modal;
telah tertakluk kepada mana-mana tindakan yang diambil oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 354, 355 atau 356;
telah melanggar mana-mana peruntukan yang dibuat oleh atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang ternyata pada
Suruhanjaya diperbuat bagi melindungi orang awam terhadap kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakjujuran, tidak berwibawa atau amalan salah oleh orang yang terlibat dalam pengadaan perkhidmatan kewangan atau pengurusan syarikat;
telah melibatkan diri dalam apa-apa amalan urusan yang ternyata pada Suruhanjaya sebagai memperdaya atau menindas atau selainnya tidak wajar (sama ada menyalahi
Undang-Undang Malaysia 52
undang-undang atau tidak) atau yang selainnya mencerminkan kesangsian mengenai kaedah ia atau dia menjalankan urusan;
telah melibatkan diri dalam atau pernah dikaitkan dengan apa-apa amalan urusan lain atau selainnya berkelakuan dengan cara demikian yang menimbulkan keraguan mengenai kewibawaan dan kebijaksanaannya membuat keputusan; atau
merupakan seorang bankrap yang belum dilepaskan sama ada di dalam atau di luar
Malaysia;
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif atau pengurusnya tidak dapat bertindak demi kepentingan terbaik anggotanya setelah mengambil kira reputasi, kelakuan, integriti kewangan dan kebolehpercayaannya;
terdapat hal keadaan lain yang berkemungkinan—
membawa kepada penjalanan urusan yang tidak wajar oleh pemohon itu atau oleh mana-mana pengarah, ketua eksekutif atau pengurusnya; atau
mencerminkan kesangsian tentang cara penjalanan urusan pemohon;
pemohon itu tidak mempunyai sumber kewangan, tenaga kerja atau sumber lain yang mencukupi untuk menjalankan fungsinya; atau
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa pemohon atau mana-mana pengarah, ketua eksekutif atau pengurusnya tidak dapat bertindak demi kepentingan awam atau anggotanya.