Skip to content
In forceAs enacted

Division 2 · Penggal 2

139Q. Permohonan untuk kelulusan

Feedback & support
(1)

Suatu permohonan untuk kelulusan sebagai penyedia skim persaraan swasta hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan suatu fi permohonan yang ditetapkan.

(2)

Suruhanjaya boleh menghendaki seseorang pemohon untuk memberikan apa-apa maklumat atau dokumen kepada

Suruhanjaya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya bagi maksud permohonan itu.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)

(3)

Suruhanjaya boleh meluluskan suatu permohonan di bawah seksyen ini, tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya.

(4)

Suruhanjaya boleh mengubah, menambah kepada atau menggugurkan apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen (3) pada bila-bila masa sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan di bawah subseksyen (3) atau (4)

melakukan suatu kesalahan.

Report

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules