Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139W. Penolakan untuk meluluskan
Feedback & supportJika suatu permohonan dibuat di bawah seksyen 139V,
Suruhanjaya boleh menolak permohonan itu atas mana-mana alasan yang berikut:
pemohon bukan penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan;
Undang-Undang Malaysia 68
permohonan itu tidak dibuat mengikut seksyen 139V;
skim persaraan swasta itu tidak mematuhi mana-mana kehendak Akta ini atau mana-mana garis panduan yang dibuat di bawah Akta ini;
apa-apa maklumat atau dokumen yang dikemukakan kepada Suruhanjaya berkenaan dengan suatu skim persaraan swasta adalah palsu atau mengelirukan atau yang daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau
Suruhanjaya mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kelulusan itu bertentangan dengan kepentingan awam atau anggota mana-mana skim persaraan swasta.