Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139S. Penarikan balik kelulusan
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menarik balik suatu kelulusan yang diberikan kepada penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu berhenti daripada memegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan pengurusan kumpulan wang;
wujud alasan yang berdasarkannya Suruhanjaya boleh menolak suatu permohonan di bawah seksyen 139R;
penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu tidak melancarkan skim persaraan swasta yang diluluskan itu dalam masa enam bulan dari tarikh skim persaraan swasta itu diluluskan;
penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu atau mana-mana pegawai prinsipalnya—
telah melanggar mana-mana syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Suruhanjaya;
tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya di bawah
Akta ini;
tidak memberikan bantuan kepada Suruhanjaya atau kepada seseorang yang bertindak bagi pihak atau dengan kuasa Suruhanjaya sebagaimana yang dihendaki di bawah subseksyen 139ZL(2); atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan)
tidak bertindak secara cekap, jujur atau saksama; atau
kelakuan penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu telah mempunyai suatu kesan yang buruk ke atas—
kestabilan kewangan skim persaraan swasta yang diluluskan itu; atau
kepentingan anggotanya.
Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya boleh menarik balik kelulusan apabila ada permintaan secara bertulis dibuat kepada Suruhanjaya oleh penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan untuk berhenti beroperasi sebagai penyedia skim persaraan swasta.
Jika penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan membuat suatu permintaan bagi menghentikan operasinya di bawah subseksyen (2), Suruhanjaya boleh menolak untuk menarik balik kelulusan itu jika Suruhanjaya menganggap bahawa—
demi kepentingan awam atau anggotanya bahawa mana-mana perkara berkenaan dengan penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan sepatutnya disiasat sebelum kelulusan itu ditarik balik di bawah subseksyen (2); atau
penarikan balik kelulusan itu bertentangan dengan kepentingan awam atau anggotanya.
Walau apa pun penarikan balik kelulusan, Suruhanjaya boleh menghendaki penyedia skim persaraan swasta itu untuk terus menjalankan aktiviti yang terjejas oleh penarikan balik itu sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya, pada atau selepas tarikh penarikan balik berkuat kuasa, bagi maksud—
menutup operasi penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan itu; atau
melindungi kepentingan awam atau anggotanya.
Undang-Undang Malaysia 66
Jika Suruhanjaya menghendaki penyedia skim persaraan swasta untuk meneruskan aktivitinya di bawah subseksyen (4), penyedia skim persaraan swasta itu hendaklah tidak, atas alasan ia menjalankan aktiviti itu, dikira sebagai melanggar seksyen 139P.
Suruhanjaya tidak boleh mengambil apa-apa tindakan di bawah subseksyen (1) tanpa memberi penyedia skim persaraan swasta itu suatu peluang untuk didengar.