Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pindaan) 2011 · As enacted · Division 2 · Penggal 2
139H. Kewajipan dan tanggungjawab pentadbir skim persaraan swasta
Feedback & supportKewajipan dan tanggungjawab pentadbir skim persaraan swasta termasuk—
menerima arahan mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Suruhanjaya;
menghantar arahan itu mengikut apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Suruhanjaya;
menyimpan rekod semua transaksi atau wang yang diterima atau dibayar;
menyediakan maklumat kepada penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan, pemegang amanah skim, anggota atau mana-mana orang lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Suruhanjaya; dan
menunaikan apa-apa kewajipan dan fungsi lain sebagaimana yang boleh ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Pentadbir skim persaraan swasta hendaklah pada setiap masa menjalankan kewajipan dan tanggungjawabnya demi kepentingan awam, dengan mengambil kira, khususnya keperluan untuk melindungi anggota.
Undang-Undang Malaysia 56
Pentadbir skim persaraan swasta hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya jika ia menyedari apa-apa perkara yang menjejaskan atau yang berkemungkinan menjejaskan kepentingan anggota.
Pentadbir skim persaraan swasta tidak boleh mengenakan apa-apa fi atau caj atau mengubah fi atau caj itu, ke atas penyedia skim persaraan swasta atau anggota tanpa mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu.
Pentadbir skim persaraan swasta tidak boleh mendapatkan khidmat luar untuk, atau mewakilkan mana-mana kewajipan dan tanggungjawab, sistem atau operasinya kepada mana-mana orang tanpa mendapatkan kelulusan Suruhanjaya terlebih dahulu.