Skip to content
In forceAs enacted

Division 2 · Penggal 2

139Y. Caruman terletak hak pada anggota sebagai faedah terakru

Feedback & support
(1)

Suatu caruman berkenaan dengan seseorang anggota suatu skim persaraan swasta yang diluluskan hendaklah terletak hak pada anggota itu sebagai faedah terakru sebaik sahaja ia dibayar sama ada kepada penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan atau pemegang amanah skim itu, mengikut mana-mana yang terdahulu.

(2)

Pendapatan atau keuntungan hasil daripada pelaburan faedah terakru seseorang anggota skim persaraan swasta yang diluluskan, selepas mengambil kira mana-mana kerugian yang timbul daripada mana-mana pelaburan itu, hendaklah juga terletak hak pada anggota itu sebagai faedah terakru sebaik sahaja ia diterima sama ada oleh penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan atau pemegang amanah skim itu, mengikut mana-mana yang terdahulu.

(3)

Walau apa pun yang terkandung dalam subseksyen (1)

dan (2), Suruhanjaya boleh menentukan cara faedah terakru itu akan diakaunkan dan diletakkan hak pada seseorang anggota.

Undang-Undang Malaysia 70

Report

Division 3

Penggal 3

Division 4

Penggal 4

Schedules